Genesis Tajribah Miskawayh dalam Tajarib al-Umam
Penulisan ini membincangkan genesis atau asal usul idea Tajribah (pengalaman) Miskawayh yang mendominasi historiografinya dalam kitab Tajarib al-Umam. Untuk tujuan tersebut, artikel ini menggunakan kaedah analisis kandungan secara konseptual. Fokus adalah untuk membentuk genesis idea Tajribah ia...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2010
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/7494/ http://journalarticle.ukm.my/7494/ http://journalarticle.ukm.my/7494/2/1838-3498-1-SM.pdf |
Summary: | Penulisan ini membincangkan genesis atau asal usul idea Tajribah
(pengalaman) Miskawayh yang mendominasi historiografinya dalam kitab
Tajarib al-Umam. Untuk tujuan tersebut, artikel ini menggunakan kaedah
analisis kandungan secara konseptual. Fokus adalah untuk membentuk
genesis idea Tajribah iaitu dengan menginterpretasi epistemologinya
berdasarkan etimologi judul kitabnya Tajarib al-Umam. Interpretasi juga
melibatkan tiga prinsip asas yang mendasari pola pemahaman yang sama
dengan Tajribah iaitu Khibrah (kepakaran), Mulahazah (pemerhatian) dan
Zahirah (fenomena). Interpretasi juga menghubungkan prinsip-prinsip
tersebut dengan gagasan sejarah yang dikemukakan oleh Miskawayh
dalam Muqaddimah kitab Tajarib al-Umam. |
---|