Bacaan intertekstual terhadap tafsir Nur al-Ihsan: kajian menurut kaedah ekserp.

Tafsir Nur al-Ihsan merupakan tafsir kedua selepas Tarjuman al-Mustafid yang ditulis dalam bahasa Melayu pada abad ke-19 Masihi oleh Syeikh Muhammad Sa’id bin Umar. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengesan dan memperlihatkan pengaruh sumber teks luar yang terdapat di dalam teks Tafsir Nur al-...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Sholeh Sheh Yusuff, Mohd Nizam Sahad
Format: Article
Language:English
Published: Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM 2014
Subjects:
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7755/
http://journalarticle.ukm.my/7755/
http://journalarticle.ukm.my/7755/1/Bacaan_intertekstual_terhadap_tafsir....pdf
Description
Summary:Tafsir Nur al-Ihsan merupakan tafsir kedua selepas Tarjuman al-Mustafid yang ditulis dalam bahasa Melayu pada abad ke-19 Masihi oleh Syeikh Muhammad Sa’id bin Umar. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengesan dan memperlihatkan pengaruh sumber teks luar yang terdapat di dalam teks Tafsir Nur al-Ihsan. Proses menganalisis Tafsir Nur al-Ihsan akan menggunakan bacaan intertekstual dengan memberi tumpuan kepada kaedah ekserp. Dari sudut metodologi penyelidikan, kajian ini berbentuk kaedah analisis teks dan juga lapangan yang menggunakan pendekatan subjektif bagi melihat data secara deskriptif dan kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat sebelas buah karya yang telah mempengaruhi intipati teks Tafsir Nur al-Ihsan, iaitu Tafsir al-Jalalyn, Tafsir al-Jamal, Tafsir al- Baydawi, Tafsir al-Khazin, Tafsir al-Baghawi, Tafsir al-Tabari, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Razi, Tafsir al-Nasafi, Tafsir Ibn Kathir, dan Tafsir al-Tha’labi. Dapatan analisis juga membuktikan bahawa karya yang mendominasi Teks Tafsir Nur al-Ihsan ialah Tafsir al-Jamal.