Bingkisan hadiah pencetus keberlangsungan hubungan diplomatik pada zaman Kesultanan Melayu.

Bingkisan hadiah merupakan mekanisme yang digunakan oleh sesebuah kerajaan untuk mencetuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan luar. Pada zaman Kesultanan Melayu, selain menjalinkan hubungan diplomatik, bingkisan tersebut bertujuan untuk mengukuhkan kedaulatan, menebar kuasa politik, memperluaskan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Salmah Jan Noor Muhammad
Format: Article
Language:English
Published: Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM 2014
Subjects:
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7758/
http://journalarticle.ukm.my/7758/
http://journalarticle.ukm.my/7758/1/Bingkisan_hadiah_pencetus_keberlangsungan_hubungan....pdf
Description
Summary:Bingkisan hadiah merupakan mekanisme yang digunakan oleh sesebuah kerajaan untuk mencetuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan luar. Pada zaman Kesultanan Melayu, selain menjalinkan hubungan diplomatik, bingkisan tersebut bertujuan untuk mengukuhkan kedaulatan, menebar kuasa politik, memperluaskan pengaruh adat dan budaya, di samping mengembangkan agama yang menjadi pegangan masyarakat pada masa itu. Keanekaragaman dalam pemberian bingkisan ini terhasil daripada gabungan pemikiran atau idea pemerintah dan pembesar kerajaan untuk mewujudkan, melangsungkan, dan mengukuhkan hubungan diplomatik. Ia merupakan antara amalan yang digunakan oleh sebuah kerajaan Melayu, iaitu sebagai‘penawar’ untuk menarik hati para pemerintah yang mewakili kerajaan Melayu lain ataupun kerajaan Barat, iaitu sebagai kerajaan ‘penerima’ untuk menerima dan mengekalkan hubungan tersebut. Artikel ini membincangkan keanekaragaman bingkisan hadiah yang digunakan oleh sesebuah kerajaan dalam menjayakan hubungan diplomatik, di samping membincangkan motif hadiah tersebut diberikan dengan menumpukan naskhah Melayu sebagai bahan perbincangan utama.