Institusi Raja-Raja Melayu: peranannya dalam memelihara kedudukan Islam dari sudut perlembagaan.

Pemerintahan beraja telah sedia wujud dalam sistem sosial di negeri-negeri Melayu sejak berabad-abad lamanya. Menurut sistem beraja ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri khususnya sebelum penjajahan Inggeris. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemer...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nazri Muslim
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Subjects:
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7761/
http://journalarticle.ukm.my/7761/
http://journalarticle.ukm.my/7761/1/Institusi_raja-raja_melayu_perananan...pdf
Description
Summary:Pemerintahan beraja telah sedia wujud dalam sistem sosial di negeri-negeri Melayu sejak berabad-abad lamanya. Menurut sistem beraja ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri khususnya sebelum penjajahan Inggeris. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, institusi pemerintahan beraja itu diteruskan dengan beberapa pindaan supaya disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Institusi beraja juga dikaitkan dengan persoalan agama kerana, mereka adalah ketua agama di negeri masing-masing dan bertanggungjawab menjaga agama Islam serta sebarang pindaan yang ingin dibuat terhadap agama Islam perlu mendapat perkenan raja-raja dahulu. Rasional peranan Majlis Raja-Raja dalam soal ini ialah perlembagaan hanya menekankan persoalan pentadbiran negara. Maka, dalam hal persoalan agama dibiarkan untuk dikendalikan oleh institusi beraja. Makalah ini akan melihat peranan institusi beraja dalam menjaga kedudukan Islam berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.