Kemiskinan di kalangan masyarakat Orang Asli
Kemiskinan di kalangan masyarakat Orang Asli masih berada pada tahap yang serius. Kadar kemiskinan mereka pada 1999 seperti yang dilaporkan dalam Rancangan Malaysia KeLapan ialah sebanyak 50.9%. Ini bermakna setiap seorang dari dua Orang Asli adalah miskin. Kadar kemiskinan ini adalah jauh lebih ti...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2006
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/7802/ http://journalarticle.ukm.my/7802/ http://journalarticle.ukm.my/7802/1/1632-3082-1-SM.pdf |
Summary: | Kemiskinan di kalangan masyarakat Orang Asli masih berada pada tahap yang serius. Kadar kemiskinan mereka pada 1999 seperti yang dilaporkan dalam Rancangan Malaysia KeLapan ialah sebanyak 50.9%. Ini bermakna
setiap seorang dari dua Orang Asli adalah miskin. Kadar kemiskinan ini adalah jauh lebih tinggi daripada kadar kemiskinan keseluruhan di Malaysia pada tahun yang sama iaitu 8.1%. Penulisan ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor -faktor yang menyumbang kepada kemiskinan
di kalangan masyarakat Orang Asli dan seterusnya membuat analisis terhadap faktor-faktor tersebut. Untuk tujuan itu, satu kajian telah dijalankan di sembilan kawasan penempatan Orang Asli di negeri Perak. Kawasan tersebut merangkumi kawasan pedalaman, pinggir dan bandar. Keputusan kajian mendapati kadar kemiskinan keseluruhan bagi kawasan kajian ialah sebanyak 54.0%. Enam faktor yang menyebabkan kemiskinan telah dikaji iaitu klasifikasi kawasan, umur ketua isi rumah, saiz isi rumah, tahap pendidikan ketua isi rumah, jenis pekerjaan dan faktor gender. Keputusan kajian mendapati keenam-enam faktor yang dikaji adalah faktor-faktor signifikan yang menyumbang kepada tahap kemiskinan yang
tinggi di kalangan masyarakat Orang Asli. |
---|