Pembangunan perisian pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif pengurusan jenazah politeknik Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menilai satu perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) multimedia interaktif berpendekatan tutorial bagi tajuk “Pengurusan Jenazah” berasaskan CD-ROM. Perisian kursus ini disediakan berdasarkan sukatan kursus Pendidikan Islam 2 (AA20...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/7829/ http://journalarticle.ukm.my/7829/ http://journalarticle.ukm.my/7829/1/57.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menilai satu perisian pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer (PPBK) multimedia interaktif berpendekatan tutorial bagi tajuk
“Pengurusan Jenazah” berasaskan CD-ROM. Perisian kursus ini disediakan berdasarkan sukatan
kursus Pendidikan Islam 2 (AA201) Politeknik Malaysia. Perisian ini dibangunkan dengan
menggunakan alat pengarangan Adobe Flash CS3 Professional berasaskan model reka bentuk
pengajaran ADDIE (2007) yang mempunyai lima fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk,
fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. Untuk menilai perisian ini, kaedah
tinjauan dengan menggunakan soal selidik berskala Likert lima pilihan telah digunakan.
Seramai 40 orang pelajar semester tiga dan 16 orang pensyarah Unit Pendidikan Islam dan Moral,
Jabatan Pengajian Am di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak telah dipilih sebagai sampel
kajian. Data-data kemudiannya telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 13.0 for
Windows. Dapatan kajian menunjukkan responden bersetuju bahawa perisian PPBK yang
dibangunkan ini memenuhi keperluan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Perisian PPBK ini juga telah menerapkan konsep pengajaran dan pembelajaran. Kombinasi
pelbagai media dalam perisian PPBK ini iaitu teks, grafik, animasi dan audio menjadikan pengajaran
dan pembelajaran lebih menarik, aktif dan menyeronokkan. |
---|