Pembangunan kewangan dalam pertumbuhan sektor-sektor ekonomi: bukti empirikal di Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh pembangunan sektor kewangan terhadap kegiatan ekonomi yang terdiri daripada tiga sektor ekonomi utama iaitu sektor pertama, sektor kedua dan sektor ketiga. Kaedah ekonometriksiri masa diaplikasikan dalarn kajian ini yang terdiri daripada ujian kepegunan,...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2008
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/7851/ http://journalarticle.ukm.my/7851/1/1485-2789-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh pembangunan sektor kewangan terhadap kegiatan ekonomi yang terdiri daripada tiga sektor ekonomi utama iaitu sektor pertama, sektor kedua dan sektor ketiga.
Kaedah ekonometriksiri masa diaplikasikan dalarn kajian ini yang terdiri daripada ujian kepegunan, ujian kointegrasi Johansen dan ujian sebab menyebab dengan rnenggunakan model vektor autoregresi (VAR). Dapatan
kajian menunjukkan pemboleh ubah kedalaman kewangan iaitu nisbah M3/KDNK hanya signifikan mempengaruhi perubahan output sektor pertama sahaja, manakala pemboleh ubah kadar bunga pinjaman benar (RLR) hanya signifikan mempengaruhi perubahan output sektor ketiga
sahaja. Penemuan kajian ini menyokong hipotesis sektor kewangan mendorong pertumbuhan ekonomi (finance-led growth hypothesis) atau supply-leading hypothesis bagi sektor pertama dan sektor ketiga. Sebaliknya, bagi sektor kedua didapati pembahan output sektor tersebut signifikan mempengaruhi perubahan M3/KDNK ini menunjukkan bagi sektor kedua, wujud fenomena 'demand-following hypothesis'. |
---|