Pendidikan pembangunan lestari - hubungan kesedaran antara ibu bapa dengan pelajar

Pendidikan adalah medium terbaik untuk menyebarluaskan konsep pendidikan pembangunan lestari (education for sustainable development, ESD) kepada masyarakat umum. Sebahagian besar program kesedaran alam sekitar pada masa kini menyasarkan kesedaran dalam aspek alam sekitar, ekonomi dan sosial ke ara...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hanifah Mahat, Shaharuddin Ahmad, Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, Noraziah Ali
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7861/
http://journalarticle.ukm.my/7861/
http://journalarticle.ukm.my/7861/1/7x.geografia-okt14-Hanifah-edam.pdf
Description
Summary:Pendidikan adalah medium terbaik untuk menyebarluaskan konsep pendidikan pembangunan lestari (education for sustainable development, ESD) kepada masyarakat umum. Sebahagian besar program kesedaran alam sekitar pada masa kini menyasarkan kesedaran dalam aspek alam sekitar, ekonomi dan sosial ke arah kehidupan yang lebih lestari. Di Malaysia, misalnya, Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) telah diperkenalkan bagi tujuan tersebut. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara kesedaran ESD ibu bapa/ penjaga di bandar dan luar bandar dengan anak dan sebaliknya. Sejumlah 243 pelajar dan 243 ibu bapa/ penjaga yang terlibat dengan Program SLAAS menjadi sumber data primer analisis. Hasil kajian mendapati tingkah laku ESD ibu bapa atau penjaga di bandar adalah lebih baik berbanding dengan luar bandar. Seterusnya, terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan Program SLAAS dan pengetahuan kandungan ESD pelajar dengan pengetahuan ESD ibu bapa / penjaga. Sebaliknya, pengetahuan amalan ESD, sikap ESD pelajar dan tingkah laku ESD pelajar tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pengetahuan ESD ibu bapa atau penjaga. Dari segi tingkah laku ESD ibu bapa / penjaga, kajian mendapati wujud hubungan signifikan antara pengetahuan amalan ESD pelajar, sikap ESD pelajar dan tingkah laku ESD pelajar. Dapatan ini menunjukkann bahawa tidak semua pembolehubah kesedaran ESD pelajar mempunyai hubungan langsung dengan pengetahuan ESD dan tingkah laku ESD ibu bapa / penjaga. Implikasinya ialah wujud hubungan antara pengetahuan dan tingkah laku ESD pelajar dengan ibu bapa / penjaga tetapi tidak sepenuhnya. Justeru,usaha pihak kerajaan bagi meningkatkan pengetahuan ESD dalam kalangan masyarakat perlulah dilaksanakan secara lebih bersistematik dan berterusan. Namun begitu harus diakui bahawa penglibatan pelajar dalam Program SLAAS adalah satu permulaan positif ke arah menyebarluaskan ESD kepada ahli keluarga.