Isu dan cabaran dalam pembentukan landskap perbankan di Indonesia: Suatu kajian teori dan empirik
Pelbagai faktor mempengaruhi pembentukan landskap perbankan sesabuah negara. Persekitaran perbankan dan dasar kerajaan tentunya amat menentukan sifat isu dan cabaran yang dihadapi. Artikel ini bertujuan membincangkan pengaruh gelora persekitaran perbankan dan dasar kerajaan terhadap prestasi perba...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/7870/ http://journalarticle.ukm.my/7870/ http://journalarticle.ukm.my/7870/1/13x.geografia-okt2014-akhmad-edkatam1.pdf |
Summary: | Pelbagai faktor mempengaruhi pembentukan landskap perbankan sesabuah negara. Persekitaran perbankan dan
dasar kerajaan tentunya amat menentukan sifat isu dan cabaran yang dihadapi. Artikel ini bertujuan
membincangkan pengaruh gelora persekitaran perbankan dan dasar kerajaan terhadap prestasi perbankan di
Indonesia. Sumber data kajian ini adalah seluruh perbankan di Indonesia berdasarkan laporan tahunan Bank
Indonesia (BI), statistik perbankan Indonesia dan direktori perbankan Indonesia. Kajian ini menunjukkan bahawa
perbankan yang berprestasi baik di Indonesia adalah yang mampu menunjukkan tahap penyesuaian dan fleksibiliti
tinggi dengan persekitaran dan peraturan kerajaan. Implikasinya ialah strategi yang inovatif merupakan asas bagi
meningkatkan prestasi perbankan. Justru, konsep penambahbaikan yang berterusan sangat penting dalam usaha
meningkatkan prestasi. Melalui konsep tersebut syarikat dituntut untuk bergiat dengan lebih aktif dalam ekonomi,
kecekapan dan keberkesanan. Langkah ini dijangkakan dapat memberi sumbangan kepada pembentukan strategi
kepelbagaian, dapat menyampaikan maklumat tentang pengaruh persekitaran turbulen dan pengaruh peraturan
kerajaan, dan dapat memberikan sumbangan praktikal bagi para pembuat keputusan. |
---|