Memahami keinginan pelancong Malaysia melancong ke Bandaraya Ho Chin Minh, Vietnam - Faktor pemilihan agensi pelancongan

Pelancongan antarabangsa cenderung membawa kepada kemajuan in situ dan juga pembangunan negara tuan rumah dalam jangka masa panjang. Malaysia kini semakin peka kepada keperluan mewujudkan keselesaan sepanjang perjalanan bagi pelancong antarabangsa melalui agensi pelancongan terpilih. Memandangkan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rosniza Aznie Hj. Che Rose, Na‘asah Nasaruddin, Rosmiza Mohd Zainol, Novel Lyndon
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7871/
http://journalarticle.ukm.my/7871/
http://journalarticle.ukm.my/7871/1/14x.geografia-okt14-Rosniza_Aznie_etal-edam2.pdf
Description
Summary:Pelancongan antarabangsa cenderung membawa kepada kemajuan in situ dan juga pembangunan negara tuan rumah dalam jangka masa panjang. Malaysia kini semakin peka kepada keperluan mewujudkan keselesaan sepanjang perjalanan bagi pelancong antarabangsa melalui agensi pelancongan terpilih. Memandangkan meningkatnya kunjungan masyarakat Malaysia ke Ho Chin Minh, Vietnam bagi pelbagai tujuan pelancongan ekoran wujudnya laluan tambahan penerbangan tambang murah artikel ini membincangkan proses pemilihan agensi pelancongan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berkunjung ke Ho Chin Minh. Data untuk kajian ini dikumpulkan pada 2011 hingga 2013 melalui edaran borang soal selidik di pintu keluar Ho Chin Minh iaitu di Lapangan Antarabangsa Tan Son Nhat yang melibatkan 289 responden yang pernah menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan. Hasil analisis merumuskan empat penemuan utama: (1) imej dan gambaran negatif sebelum lawatan kepada keterujaan lawatan semula dalam kalangan pelancong; (2) kepercayaan dan kemudahsampaian maklumat dan hubungan di antara pelancong dengan pihak agensi pelancongan merupakan faktor utama pemilihan di samping penawaran harga; (3) persepsi dan penerimaan pelancong terhadap penawaran sebenar yang diberikan oleh agensi pelancongan adalah pada kadar sederhana hingga hebat; dan (4) bandaraya Ho Chin Minh merupakan destinasi pelancongan selamat bagi tujuan pelancongan ulangan yang boleh dijalankan tanpa penglibatan agensi pelancongan. Kesimpulannya, dapatan ini dapat di manfaatkan oleh pihak berkepentingan terutamanya organisasi berasaskan sektor pelancongan dan hospitaliti dan masyarakat umum yang sedang memilih destinasi sesuai untuk melancong.