Faktor-faktor sokongan sosial yang mempengaruhi penghargaan kendiri remaja Sekolah Menengah Daerah Melaka Tengah

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penghargaan kendiri remaja sekolah menengah di daerah Melaka Tengah dan hubungannya dengan sokongan sosial. Remaja sekolah pada tingkatan 2 (13-14 tahun) dipilih secara rawak dari 3 buah sekolah kerajaan di daerah Melaka Tengah. Alat kajian ini mengguna borang soa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Tan, Swee Chen, Rosnah Sutan
Format: Article
Language:English
Published: Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7903/
http://journalarticle.ukm.my/7903/
http://journalarticle.ukm.my/7903/1/020-029.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penghargaan kendiri remaja sekolah menengah di daerah Melaka Tengah dan hubungannya dengan sokongan sosial. Remaja sekolah pada tingkatan 2 (13-14 tahun) dipilih secara rawak dari 3 buah sekolah kerajaan di daerah Melaka Tengah. Alat kajian ini mengguna borang soal selidik “The Piers-Harris Children Self Concept Scale” dan “Social Support Questionnaire”. Seramai 242 orang responden terlibat dalam kajian ini iaitu 111 (45.9%) lelaki dan 131 (54.1%) perempuan. Terdapat hubungan yang signifikan di antara sokongan ibu bapa terhadap penghargaan kendiri remaja sekolah dengan ujian multivariate linear regresi (p < 0.05). Manakala sokongan guru, rakan dan rakan sebaya tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan tahap penghargaan kendiri remaja. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan penghargaan kendiri remaja mengikut sosiodemografik seperti jantina, bangsa, status pekerjaan ibu bapa dan status penjaga (nilai p > 0.05). Kesimpulannya, peranan ibu bapa dalam memberi sokongan sosial kepada remaja sangat membantu dalam meningkatkan tahap penghargaan kendiri remaja.