Strategi dan proses membuat keputusan: kajian eksperimen menggunakan sistem sokong keputusan

Satu ekspmerimen telah diadakan untuk menyelidik strategi dan proses yang digunakan oleh pembuat keputusan untuk menyelesaikan masalah Kritena berbilang dengan bantuan Sistem Sokong Keputusan. Di dalam eksperimen ini subjek-subjek melakukan satu tugasan di mana mereka dikehendaki mendapatkan makluma...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Hidayat Hussain
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 1991
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7934/
http://journalarticle.ukm.my/7934/
http://journalarticle.ukm.my/7934/1/755-1441-1-SM.pdf
Description
Summary:Satu ekspmerimen telah diadakan untuk menyelidik strategi dan proses yang digunakan oleh pembuat keputusan untuk menyelesaikan masalah Kritena berbilang dengan bantuan Sistem Sokong Keputusan. Di dalam eksperimen ini subjek-subjek melakukan satu tugasan di mana mereka dikehendaki mendapatkan maklumat yang diperlukan dan membuat peniaian dengan menggunakan maklumat tersebut untuk membuat keputusan dengan menggunakan satu perisian komputer yang diwujudkan khas untuk eksperimen ini. Seramai 64 siswa-siswi universti, telah dijadikan subjek yang diminta berlagak sebagai pegawai kemasukan di sebuah umversiti. Tugas mereka ialah melihat 20 profil pemohon untuk memasuki universiti dan membuat keputusan mengenai kelayakan kemasukan pemohon-pemohon. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa (1) tidak semua maklumat diperlukan di dalam proses membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah kriteria berbilang; (2) subjek mempunyai anggapan mengenai keutamaan sifat-sifat yang akan diproses dan aksi fisikal mereka akan didorong oleh anggapan tersebut; (3) arah perolehan maklumat mengikut sifat iaitu berpangsikan kepada satu sifat semua alternatif di dalam sifat tersebut diproses; dan (4) tidak ada corak pembuatan penilaian yang boleh dikesan.