Faktor penentuan pemilihan lokasi industri pembuatan: kajian kes Kawasan Perindustrian Nilai (Factors determining the location of manufacturing industries in the Nilai Industrial Area, Negeri Sembilan, Malaysia)

Kertas ini mengemukakan hasil kajian mengenai faktor penentuan pemilihan lokasi industri pembuatan di kawasan perindustrian baru Nilai, Negeri Sembilan. Pengumpulan data primer dilakukan melalui tiga sumber iaitu tinjauan awal, temuduga dan soal selidik di lapangan. Berdasarkan hasil kajian boleh d...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Thara Wong Woharn, Mohd Yusof Hussain, Azima Abdul Manaf
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2010
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/795/
http://journalarticle.ukm.my/795/
http://journalarticle.ukm.my/795/1/3.2010-2-tara%26yusof-melayu-1.pdf
Description
Summary:Kertas ini mengemukakan hasil kajian mengenai faktor penentuan pemilihan lokasi industri pembuatan di kawasan perindustrian baru Nilai, Negeri Sembilan. Pengumpulan data primer dilakukan melalui tiga sumber iaitu tinjauan awal, temuduga dan soal selidik di lapangan. Berdasarkan hasil kajian boleh dirumuskan bahawa perspektif pemilihan lokasi adalah berbeza di antara firma sasaran. Bagi menjawab persoalan kajian, faktor yang mendapat nilai peratusan tertinggi berdasarkan kategori menggalakkan dan sangat menggalakkan dianggap sebagai faktor utama yang mempengaruhi perletakan industri pembuatan di kawasan Nilai. Sehubungan itu, didapati responden di kawasan kajian lebih mementingkan faktor buruh mahir iaitu buruh mahir lelaki, pasaran luar negara, kesampaian kepada kemudahan pelabuhan, kemudahan pengangkutan jalanraya dan lebuhraya serta kemudahan angkutan trela, kemudahan telekomunikasi dan faktor tempat iaitu lokasi yang strategik. Selain itu, insentif Elaun Cukai Pelaburan (ECP) merupakan insentif yang menyebabkan pertumbuhan industri pembuatan di Nilai. Dalam konteks proses membuat keputusan lokasi pula, hasil analisis juga mendapati tiada satu firma sasaran yang berjaya mewujudkan satu proses sejajar dengan model Hayter, Jayet dan Wins dalam peringkat proses membuat keputusan walaupun firma melalui peringkat proses membuat keputusan. Dapat disimpulkan bahawa maklumat yang lengkap dan sempurna adalah kunci kepada pembuat keputusan memutuskan sebarang lokasi yang akan bersesuaian.