Hubungan persekitaran sekolah dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di Sekolah Menengah

Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan persekitaran sekolah dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah menengah daerah Klang. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik. Seramai 291 orang ketua guru penasihat telah dipilih secara rawak dari 31 buah...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Fazli Hasan, Suhaida Abdul Kadir, Soaib Asimiran
Format: Article
Language:English
Published: penerbit ukm 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7998/
http://journalarticle.ukm.my/7998/
http://journalarticle.ukm.my/7998/1/1mohdfadli.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan persekitaran sekolah dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah menengah daerah Klang. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik. Seramai 291 orang ketua guru penasihat telah dipilih secara rawak dari 31 buah sekolah menengah. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang diubah suai berdasarkan “School-Level Environment Questionnaire” untuk mengukur persekitaran sekolah dan “National Survey of Student Engagement 2011” untuk mengukur penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Analisis korelasi menunjukkan wujud hubungan yang signifikan (r=0.294, p=0.00) antara persekitaran sekolah dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Hasil kajian menunjukkan bahawa persekitaran sekolah adalah faktor signifikan bagi meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.