Kemahiran meta kognitif dan hubungannya dengan jantina, jenis sekolah dan pencapaian murid dalam pembelajaran bahasa Melayu
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kemahiran meta kognitif dan hubungannya dengan jantina, jenis sekolah dan pencapaian murid ketika mempelajari bahasa Melayu. Kajian berbentuk tinjauan ini dijalankan terhadap 299 orang murid tingkatan empat di lapan buah sekolah menengah kebangsaan dan sekolah men...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
penerbit ukm
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8000/ http://journalarticle.ukm.my/8000/ http://journalarticle.ukm.my/8000/1/3nuraisyah.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kemahiran meta kognitif dan hubungannya dengan jantina, jenis sekolah dan pencapaian murid ketika mempelajari bahasa Melayu. Kajian berbentuk tinjauan ini dijalankan terhadap 299 orang murid tingkatan empat di lapan buah sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah agama di daerah Pasir Mas, Kelantan dijadikan responden kajian. Sampel dipilih secara rawak mudah. Soal selidik digunakan bagi mengumpul data. Data dianalisis secara inferensi dengan menggunakan statistik MANOVA. Hasil kajian secara keseluruhan menunjukkan bahawa murid-murid perempuan mempunyai meta kognitif jauh lebih baik berbanding murid-murid lelaki. Murid-murid dari sekolah menengah agama mempunyai kemahiran kognitif yang lebih baik berbanding murid-murid dari sekolah menengah kebangsaan. Murid-murid yang mempunyai meta kognitif yang pelbagai mempunyai pencapaian dalam bahasa Melayu yang lebih baik berbanding murid-murid yang kurang atau lemah kemahiran meta kognitifnya. Kesimpulannya, kajian ini mencadangkan agar kemahiran meta kognitif perlu diberi perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Setiap guru bahasa Melayu wajar meneroka kemahiran meta kognitif murid-murid mereka dengan merancang kaedah pengajaran yang lebih efektif dan berpusatkan murid dilaksanakan. |
---|