Pengelompokan kabur dalam perantauan kecenderungan kemarau di Semenanjung Malaysia

Dalam kajian ini, pendekatan pengelompokan kabur Gustafson-Kessel (GK) telah digunakan untuk mengelaskan 35 stesen hujan di Semenanjung Malaysia ke dalam rantau homogen. Pertama, algoritma pengelompokan kabur GK digunakan untuk mengenal pasti rantau awal. Kemudian, diuji keserasian dan kehomogenan r...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Wahidah Sanusi, Abdul Aziz Jemain, Wan Zawiah Wan Zin
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8052/
http://journalarticle.ukm.my/8052/
http://journalarticle.ukm.my/8052/1/20_Wahidah.pdf
Description
Summary:Dalam kajian ini, pendekatan pengelompokan kabur Gustafson-Kessel (GK) telah digunakan untuk mengelaskan 35 stesen hujan di Semenanjung Malaysia ke dalam rantau homogen. Pertama, algoritma pengelompokan kabur GK digunakan untuk mengenal pasti rantau awal. Kemudian, diuji keserasian dan kehomogenan rantau berkenaan. Akhir sekali, penyesuaian rantau dilakukan untuk mendapatkan rantau homogen. Hasil kajian mendapati 35 stesen hujan kajian boleh dibahagikan kepada enam rantau yang homogen. Rantau 1 meliputi bahagian barat laut dan utara Semenanjung Malaysia, rantau 2, 3 dan 4 meliputi bahagian barat, rantau 5 meliputi bahagian barat daya dan rantau 6 meliputi bahagian timur. Hasil kajian ini juga memperlihatkan bahawa berdasarkan nilai purata Indeks Kerpasan Piawai (SPI) skala masa satu bulan, rantau 2 lebih sering mengalami keadaan kemarau melampau. Walau bagaimanapun, berdasarkan SPI skala masa satu bulan, peristiwa kemarau terjadi secara rawak dalam semua rantau yang dianalisis, bahkan semua rantau tersebut pernah mengalami kejadian kemarau melampau dalam tempoh masa setahun. Hasil kajian ini turut menunjukkan bahawa pendekatan pengelompokan kabur Gustafson-Kessel boleh digunakan untuk membina rantau homogen.