Pelaporan sosial korporat di Malaysia: analisis ke atas Laporan Tahunan 1990-1998 bagi Industri Perladangan, produk pengguna dan produk perindustrian

Dalam ketiadaan statutori dan garis panduan profesional yang menyeluruh berhubung dengan perakaunan sosial di Malaysia, kebanyakan pendedahan bergantung kepada pertimbangan pihak pengurusan. Oleh itu, kajian ini menyelidiki amalan pelaporan sosial korporat di Malaysia dari tahun 1990 sehingga 1998....

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hamezah Md Nor, Azlina Ahmad, Selamat Kundari
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2003
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8055/
http://journalarticle.ukm.my/8055/
http://journalarticle.ukm.my/8055/1/1311-2530-1-SM.pdf
Description
Summary:Dalam ketiadaan statutori dan garis panduan profesional yang menyeluruh berhubung dengan perakaunan sosial di Malaysia, kebanyakan pendedahan bergantung kepada pertimbangan pihak pengurusan. Oleh itu, kajian ini menyelidiki amalan pelaporan sosial korporat di Malaysia dari tahun 1990 sehingga 1998. Sampel terdiri daripada 32 syarikat dalam tiga industri (produk perindustrian, produk pengguna dan perladangan). Sejumlah 288 buah laporan tahunan syarikat telah diperiksa menggunakan analisis kandungan. Bilangan ayat dijadikan unit pengukuran. Keputusan menunjukkan terdapat peningkatan pelaporan maklumat sosial dan perhatian utama tertumpu kepada isu-isu berkaitan dengan sumber manusia. Kebanyakan pendedahan adalah berbentuk kualitatif dan syarikat lebih cenderung untuk melaporkan maklumat yang baik untuk menjaga ime] syarikat. Penemuan daripada kajian ini membayangkan bahawa maklumat sosial dianggap "material" kepada para pengguna laporan kewangan. Oleh itu, suatu garispanduan diperlukan untuk memperbaiki kualiti pelaporan sosial oleh syarikat-syarikat di Malaysia.