Penerimaan pengguna terrhadap kaedah pembayaran elektronik

Pengurusan pembayaran melalui kaedah konvensional iaitu kaunter fizikal kini telah digantikan melalui inovasi yang dibangunkan oleh agensi pungutan pembayaran terutamanya pihak bank dengan memperkenalkan pembayaran eletronik (e-pembayaran) sebagai medium kaunter atas talian. Satu tinjauan umum di...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Shairil Izwan Taasim, Hasnah Ali
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8084/
http://journalarticle.ukm.my/8084/
http://journalarticle.ukm.my/8084/1/5566-13399-1-SM.pdf
Description
Summary:Pengurusan pembayaran melalui kaedah konvensional iaitu kaunter fizikal kini telah digantikan melalui inovasi yang dibangunkan oleh agensi pungutan pembayaran terutamanya pihak bank dengan memperkenalkan pembayaran eletronik (e-pembayaran) sebagai medium kaunter atas talian. Satu tinjauan umum di Malaysia telah dijalankan dalam kajian ini untuk mengukur tahap penerimaan pengguna Malaysia menggunakan e-pembayaran. Kaedah instrumen empat (4) konstruk yang mengandungi 19 item dengan skala Likert 5 mata telah dibangunkan sebagai medium persepsi bagi menilai penerimaan pengguna. Konstruk yang dibangunkan dianalisis menggunakan kaedah structural equation modeling (SEM) berdasarkan teori penerimaan teknologi (TAM) untuk menilai integrasi teknologi ke dalam organisasi dan menganalisis punca penerimaan dan penolakan teknologi. Kajian telah mendapati tahap penerimaan dalam e-pembayaran adalah tinggi namun penerimaan dalam menggantikannya sebagai kaunter maya berada pada tahap yang minimum. Dapatan ini penting sebagai pengurusan kewangan pengguna dengan lebih sistematik dan seterusnya mampu menjadikan pengguna yang bijak dalam pengurusan kewangan.