Pematuhan industri pembuatan terhadap peraturan alam sekitar di Utara Semenanjung Malaysia
Pencemaran air dari sisa kumbahan industri merupakan satu isu alam sekitar yang memberi kesan kepada Malaysia dari segi kualiti alam sekitar. Walau pun negara ini telah melaksanakan pelbagai peraturan pencegahan pencemaran, masalah ini masih tidak dapat diselesaikan dan syarikat-syarikat yang berk...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8123/ http://journalarticle.ukm.my/8123/ http://journalarticle.ukm.my/8123/1/7270-18725-1-SM.pdf |
Summary: | Pencemaran air dari sisa kumbahan industri merupakan satu isu alam sekitar yang memberi kesan kepada Malaysia
dari segi kualiti alam sekitar. Walau pun negara ini telah melaksanakan pelbagai peraturan pencegahan pencemaran,
masalah ini masih tidak dapat diselesaikan dan syarikat-syarikat yang berkaitan masih mencemar alam sekitar. Oleh itu
adalah penting untuk memahami mengapa peraturan yang dibuat tidak berkesan dan berusaha mencari penyelesaian
untuk memperbaiki keadaan tersebut. Kelakuan pematuhan industri terhadap peraturan alam sekitar bukan sahaja
penting untuk melindungi alam sekitar dan ekosistem, malahan memberi gambaran kepada kredibiliti peraturan itu
sendiri dan agensi penguatkuasa. Model ekonometrik digunakan untuk menganggar keputusan melanggar peraturan
oleh pemilik dan pengurus dalam industri makanan, tekstil dan kertas di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Kajian
mendapati walaupun peraturan berjaya menyedarkan kesedaran terhadap alam sekitar di kalangan peniaga, ia
kurang berjaya mengurangkan pencemaran sisa kumbahan. Kajian juga mendapati peniaga mengetahui isu berkaitan
perlindungan alam sekitar. Walau bagaimanapun pematuhan peraturan alam sekitar di kalangan mereka bukan satu
yang diutamakan. Secara keseluruhan kos rawatan dan kebarangkalian diperiksa mempengaruhi gelagat kepatuhan
peniaga. Kajian mencadangkan pemberian insentif cukai dalam pembelian alatan rawatan sisa kumbahan dan kekerapan
aktiviti pemeriksaan ke atas kilang yang terlibat boleh meningkatkan kepatuhan. |
---|