Takaful Wakaf di Syarikat Takaful Malaysia Berhad: sorotan literatur

Syarikat Takaful Malaysia Berhad pernah memperkenalkan Pelan Takaful Wakaf pada tahun 2002 dan telah diguna pakai sehingga tahun 2009. Sepanjang tempoh pelaksanaan pelan ini, terutama dari tahun 2002 sehingga 2004 menunjukkan terdapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta. Namun, pada tahun...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Wan Mohd Al Faizee Wan Ab Rahaman, Salmy Edawati Yaacob
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8165/
http://journalarticle.ukm.my/8165/
http://journalarticle.ukm.my/8165/1/7689-20005-1-SM.pdf
Description
Summary:Syarikat Takaful Malaysia Berhad pernah memperkenalkan Pelan Takaful Wakaf pada tahun 2002 dan telah diguna pakai sehingga tahun 2009. Sepanjang tempoh pelaksanaan pelan ini, terutama dari tahun 2002 sehingga 2004 menunjukkan terdapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta. Namun, pada tahun 2009 pelan ini telah ditarik balik daripada pasaran dan aplikasi takaful wakaf dalam sistem kewangan Malaysia semakin hilang selepas itu. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk menyoroti kajian lepas berkaitan dengan konsep dan aplikasi takaful wakaf dalam Syarikat Takaful Malaysia Berhad. Analisis literatur dibuat untuk mencari faktor penyebab penarikan pelan takaful wakaf daripada pasaran. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan kajian kepustakaan. Hasil sorotan literatur ini mendapati bahawa terdapat beberapa faktor penamatan pelan takaful wakaf seperti masalah dalam sistem mudarabah dan masalah penanggungan (underwriting). Walau bagaimanapun, Pelan Takaful Wakaf ini perlu untuk dibawa semula ke pasaran semasa dengan menyepadukan wakaf dalam polisi takaful dengan menggunakan model yang berbeza daripada apa yang telah dilaksanakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad.