Pengaruh aspek kecerdasan emosi terhadap tingkah laku kepimpinan transformasi dalam kalangan pemimpin pendidik sekolah
Tujuan kajian adalah untuk mengkaji pengaruh faktor kecerdasan emosi (skala pengurusan perhubungan, pengurusan diri, kesedaran diri dan kesedaran sosial) ke atas tingkah laku kepimpinan transformasi dalam kalangan pemimpin pendidik sekolah menengah di Malaysia. Kaedah kajian ini menggunakan dua alat...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8271/ http://journalarticle.ukm.my/8271/ http://journalarticle.ukm.my/8271/1/6237-15533-1-PB.pdf |
Summary: | Tujuan kajian adalah untuk mengkaji pengaruh faktor kecerdasan emosi (skala pengurusan perhubungan, pengurusan diri, kesedaran diri dan kesedaran sosial) ke atas tingkah laku kepimpinan transformasi dalam kalangan pemimpin pendidik sekolah menengah di Malaysia. Kaedah kajian ini menggunakan dua alat instrumen iaitu Emotional Competence Inventory (ECI) untuk mengukur kecekapan kecerdasan emosi manakala Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ5x) pula digunakan bagi mengukur kepimpinan transformasi. Dapatan kajian menunjukkan kecerdasan emosi pemimpin pendidik secara keseluruhannya adalah berada pada tahap tinggi iaitu 78.8%. Hasil kajian juga menunjukkan kecerdasan emosi bagi sub-skala pengurusan perhubungan menjelaskan sebanyak 51.6% varians; (Beta = .388, t = 4.738, k < 0.05) manakala pengurusan diri pula menerangkan sebanyak 54.1% varians; (Beta = .225, t = 3.285, k < 0.05) dan akhir sekali, kombinasi ketiga-tiga pemboleh ubah peramal merangkumi kesedaran sosial menyumbang sebanyak 54.9% (Beta = .174, t = 2.268, k < 0.05) varians secara positif terhadap kepimpinan transformasi. Dapatan ini memperlihatkan ketiga-tiga sub-skala pembolehubah ini adalah peramal yang signifikan ke atas kepimpinan transformasi. Implikasi kajian menunjukkan bahawa penyediaan latihan dan modul penghayatan kemahiran EI perlu diperkasa dan diperkukuhan seterusnya melestarikan pemilikan kecekapan tersebut secara holistik di semua peringkat khususnya dalam kalangan pemimpin. |
---|