KAJIAN SIMULASI KE ATAS SISTEM TARUHAN DALAM PERMAINAN ROLET
Penyelidikan ini dijalankan bagi mengkaji kelebihan dan kelemahan sebilangan sistem taruhan dalam permainan rolet dan mengenal pasti sama ada sistem-sistem taruhan ini dapat menjana keuntungan. Objektif utama kajian adalah untuk mengesahkan dan menguji hipotesis alternatif secara teori bahawa ber...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8292/ http://journalarticle.ukm.my/8292/ http://journalarticle.ukm.my/8292/1/jqma-10-1-paper3.pdf |
Summary: | Penyelidikan ini dijalankan bagi mengkaji kelebihan dan kelemahan sebilangan sistem taruhan
dalam permainan rolet dan mengenal pasti sama ada sistem-sistem taruhan ini dapat menjana
keuntungan. Objektif utama kajian adalah untuk mengesahkan dan menguji hipotesis alternatif
secara teori bahawa berjudi di kasino dengan menggunakan strategi berkenaan pun tetap akan
menyebabkan kekalahan dan pembaziran wang. Model sistem taruhan dibangunkan dengan
menggunakan pengaturcaraan C++ dan hasil larian simulasi dianalisis menggunakan SPSS.
Hasil analisis menunjukkan bahawa selang keyakinan 95% bagi min keuntungan yang terhasil
daripada kesemua sistem taruhan menunjukkan pulangan negatif. Selain itu, dengan peningkatan
taruhan maksimum yang dibenarkan dan penambahan tempoh masa permainan, hampir kesemua
sistem menyebabkan kerugian yang semakin tinggi. Sistem taruhan Fibonacci memberi pulangan
negatif yang terendah, dan sebaliknya sistem Paroli memberi pulangan negatif yang tertinggi.
Pengiraan anggaran jumlah pusingan yang dipertaruhkan sebelum mencapai kemenangan juga
dilaksanakan. Walaupun pemain jarang mengalami kekalahan yang memanjang, kekerapan
kekalahan jangka masa pendek tersebut sudah cukup untuk menyebabkan kerugian yang besar
pada pemain. Sehubungan dengan itu, untuk menggambarkan situasi tersebut dengan lebih
realistik, model simulasi juga menangani senario yang pemain bermula dengan dana permulaan
yang terhad dan mempunyai sasaran keuntungan tertentu. Simulasi jelas menunjukkan bahawa,
untuk suatu senario yang tipikal seperti dengan dana permulaan RM 5000, umumnya pemain
gagal untuk mencapai keuntungan bersih sebanyak RM 1000 sebelum dana permulaan tersebut
hangus. Berdasarkan hasil kajian ini, jelas ditunjukkan bahawa sistem-sistem taruhan kajian
yang dipercayai mampu mengaut keuntungan adalah tentu sahaja tidak benar. |
---|