Identiti budaya dan bahasa etnik Melayu Thesaban Takbai, Selatan Thailand: satu analisa fenomenologi
Pembinaan identiti kelompok etnik minoriti seringkali dibayangi oleh kelompok majoriti.Objektif utama kajian ini ialah untuk memahami jenis identiti bahasa dan budaya yang diinginkan oleh kelompok etnik minoriti.Kajian ini menggunakan paradigma penyelidikan fenomenologiyang memfokuskan pada pemaha...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8337/ http://journalarticle.ukm.my/8337/ http://journalarticle.ukm.my/8337/1/15x.geografia-nov14-hasni%26novel-edam.pdf |
Summary: | Pembinaan identiti kelompok etnik minoriti seringkali dibayangi oleh kelompok majoriti.Objektif utama kajian ini
ialah untuk memahami jenis identiti bahasa dan budaya yang diinginkan oleh kelompok etnik minoriti.Kajian ini
menggunakan paradigma penyelidikan fenomenologiyang memfokuskan pada pemahaman kelompok etnik Melayu
Selatan Thailand di Thesaban Takbai, Narathiwat berkenaan pembentukan identiti etnik berasaskan pandang dunia
mereka.Unit analisis kajian ini terdiri daripada sepuluh orang individu etnik Melayu Selatan Thailand yang tinggal
di Thesaban Takbai, Narathiwat, Thailand.Sepuluh orang informan yang terdiri daripada lima lelaki dan lima
wanita yang berumur dalam kategori 20 tahun hingga 60 tahun berdasarkan jenis pekerjaan dan tahap pendidikan
telah dipilih untuk ditemubual secara mendalam dalam kajian ini.Sampel kajian ini dipilih menggunakan
pensampelan bukan kebarangkalian iaitu pensampelan bertujuan dan pensampelan bola salji. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa etnik Melayu Thesaban Takbai, Selatan Thailand masih mahu mengekalkan budaya Melayu
Patani dalam aspek berpakaian dan penggunaan nama. Pandangan informan terhadap identiti bahasa pula
menunjukkan mereka sangat toleran terhadap kedudukan Bahasa Thai sebagai Bahasa Kebangsaan.Implikasi kajian
ini ialah pemerintah Thailand perlu mengambil kira kepentingan kelompok minoriti dan tidak mengamalkan dasar
integrasi berbentuk pentadbiran atas ke bawah melalui pendekatan asimilasi yang dianggap mendiskriminasikan
kelompok minoriti. |
---|