Mencegah lebih baik daripada mengubati: penerimaan khidmat saringan kesihatan percuma dalam kalangan masyarakat Pulau Pangkor
‘Mencegah lebih baik daripada mengubati’ sudah menjadi pengetahuan umum tetapi kebijaksanaan ini mungkin tidak diacuhkan dalam kehidupan seharian individu dan komuniti. Kajian ini menganalisa sejauhmana sebuah komuniti pulau mematuhi atau tidak amalan baik ini dengan meneliti keinginan, kesanggupa...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8339/ http://journalarticle.ukm.my/8339/ http://journalarticle.ukm.my/8339/1/17x.geografia-nov14-Rosniza%26novel-edam.pdf |
Summary: | ‘Mencegah lebih baik daripada mengubati’ sudah menjadi pengetahuan umum tetapi kebijaksanaan ini mungkin
tidak diacuhkan dalam kehidupan seharian individu dan komuniti. Kajian ini menganalisa sejauhmana sebuah
komuniti pulau mematuhi atau tidak amalan baik ini dengan meneliti keinginan, kesanggupan dan turut serta
mereka dalam program-program khidmat kesihatan masyarakat iaitu pemeriksaan kesihatan percuma termasuk
pemeriksaan pencegahan payudara sendiri (BSE). Hasil kajian daripada 64 penduduk pulau Pangkor ini mendapati
bahawa sementara sangat peka terhadap kesihatan diri namun mereka hanya mendapatkan rawatan apabila simptom
sebenar penyakit kronik seperti penyakit jantung koronari, hipertensi, kanser dan kencing manis telah dikenalpasti.
Implikasinya ialah langkah-langkah tertentu haruslah diambil bagi memperkasa kesedaran komuniti terhadap
peripentingnya khidmat kesihatan preventif menerusi pendidikan kesihatan masyarakat yang lebih intensif. |
---|