Hubungan sosial dan perniagaan kecil-kecilan di Malaysia - tingkah laku inovatif usahawan wanita atas talian
Keusahawanan atas talian di Malaysia kini semakin terkenal dalam kalangan usahawan wanita di Malaysia, khususnya dalam perniagaan yang berbentuk secara kecil-kecilan. Penggunaan internet merupakan asas bagi usahawan wanita tersebut untuk memula dan meneruskan aktiviti keusahawanan mereka. Kejayaan...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8343/ http://journalarticle.ukm.my/8343/ http://journalarticle.ukm.my/8343/1/21x.geografia-nov14-Gusniar_et_al-new-edam1.pdf |
Summary: | Keusahawanan atas talian di Malaysia kini semakin terkenal dalam kalangan usahawan wanita di Malaysia,
khususnya dalam perniagaan yang berbentuk secara kecil-kecilan. Penggunaan internet merupakan asas bagi
usahawan wanita tersebut untuk memula dan meneruskan aktiviti keusahawanan mereka. Kejayaan atau kegagalan
penglibatan dalam bidang keusahawan ini boleh bergantung kepada tingkah laku inovatif usahawan wanita dalam
membentuk hubungan sosial dengan ahli keluarga, rakan, pekerja, pelanggan dan pembekal yang memberi manfaat
yang menguntungkan kepada mereka dari segi material dan bukan material. Hubungan sosial itu bersifat
konvensional dan bukan konvensional. Hubungan konvensional adalah hubungan yang dibentuk secara bersemuka
manakala hubungan bukan konvensional dibentuk atas talian yang tidak memerlukan pertemuan bersemuka. Tujuan
artikel ini meneliti tingkahlaku inovatif yang ditunjukkan oleh sebilangan usahawan wanita atas talian dalam
membentuk dan memantapkan dua jenis hubungan sosial tersebut. Wanita tersebut terlibat dalam perniagaan secara
kecil-kecilan di Lembah Kelang, Malaysia. Kajian kualitatif dengan temubual separa-struktur sebagai kaedah
mengumpul data dan analisis tematik telah dijalankan. Secara keseluruhan, hasil kajian mendapati jalinan hubungan
sosial yang kompleks samada bersifat konvensional ataupun tidak telah dibentuk dan dimantap oleh usahawan
wanita yang dikaji itu demi tujuan perniagaan. Hubungan sosial dijalin dan dimantapkan dengan ahli keluarga,
rakan, pelanggan, ejen, pembekal dan pesaing wanita tersebut. Jalinan hubungan itu telah menyumbang kepada
perkembangan dan pemantapan perniagaan wanita tersebut dari permulaan penglibatan sehingga ke hari ini. |
---|