Faktor yang Mempengaruhi Paras Kromium dalam Kalangan Petani di Daerah Bachok dan Pasir Puteh, Kelantan

Kromium merupakan mineral yang penting dan kofaktor insulin yang memainkan peranan penting sebagai hormon yang membantu dalam regulasi gula dalam darah. Penduduk Kelantan sering dikaitkan dengan pengambilan makanan berasaskan gula. Petani merupakan golongan yang berisiko tinggi kerana pendedahan t...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurfariha Firdaus, Ismarulyusda Ishak, Syarif Husin Lubis, Nooraisyah Mansoor, Hidayatul Fathi Othman, Nihayah Mohammad, Zariyantey Abdul Hamid, Nur Zakiah Mohd Saat, Mohd Jamil Rafaai, Mohamad Roff Mohd Noor
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2014
Subjects:
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8536/
http://journalarticle.ukm.my/8536/
http://journalarticle.ukm.my/8536/1/Faktor_yang_Mempengaruhi_Paras_Kromium.pdf
Description
Summary:Kromium merupakan mineral yang penting dan kofaktor insulin yang memainkan peranan penting sebagai hormon yang membantu dalam regulasi gula dalam darah. Penduduk Kelantan sering dikaitkan dengan pengambilan makanan berasaskan gula. Petani merupakan golongan yang berisiko tinggi kerana pendedahan terhadap pestisid dan pengambilan makanan bergula boleh mempengaruhi paras kromium. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui status paras kromium dalam kalangan petani yang terdedah kepada pestisid dan baja kimia di Kelantan. Kajian ini adalah kajian keratan rentas yang dilakukan di Bachok dan Pasir Puteh, Kelantan. Responden adalah seramai 113 petani yang terdedah kepada pestisid atau baja kimia tidak kurang daripada satu tahun. Subjek ditemu bual menggunakan soal selidik pengetahuan, sikap dan amalan (KAP) yang telah divalidasi untuk informasi berkaitan data demografi k. Sampel kuku dan rambut telah dianalisia dengan menggunakan kaedah pencernaan asid dan Inductively Coupled Plasma Mass Spectroscopy (ICPMS) untuk mendapatkan paras kromium. Hasil kajian menunjukkan 81.4% adalah petani lelaki dan 18.6% adalah perempuan. Paras kromium kuku (125.82 ± 47.81 μg/L) dan rambut (39.63 ± 5.70 μg/L) petani adalah lebih rendah berbanding julat piawai kuku (6200 μg/L) dan rambut (100-2500 μg/L). Tiada perbezaan paras kromium yang signifi kan (p > 0.05) menurut jantina, umur, glukosa darah, tempoh pendedahan pestisid dan pemakanan. Petani yang merokok menunjukkan paras kromium yang lebih rendah (p < 0.05) berbanding petani yang tidak merokok. Kesimpulannya, paras unsur kromium petani di Bachok dan Pasir Puteh adalah rendah berbanding julat normal dan petani harus berhenti merokok kerana merokok akan merendahkan paras kromium.