Saranan HAMKA terhadap Perpaduan Bangsa Serumpun Malaysia – Indonesia
Hamka adalah tokoh Nusantara yang sinonim dengan gelaran ulama dan menulis lebih dari 100 buah buku dalam pelbagai bidang. Bukan setakat sifat ulamak yang menjadikan beliau dikagumi tetapi kemampuannya sebagai pemimpin, penulis, pemikir, pujangga dan pejuang bangsa menjadikannya milik masyarakat N...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8543/ http://journalarticle.ukm.my/8543/ http://journalarticle.ukm.my/8543/1/Saranan_HAMKA_terhadap_....pdf |
Summary: | Hamka adalah tokoh Nusantara yang sinonim dengan gelaran ulama dan menulis lebih dari 100 buah buku dalam
pelbagai bidang. Bukan setakat sifat ulamak yang menjadikan beliau dikagumi tetapi kemampuannya sebagai
pemimpin, penulis, pemikir, pujangga dan pejuang bangsa menjadikannya milik masyarakat Nusantara. Penulisan ini
akan memperlihatkan bagaimana sifat keperibadian dan karisma Hamka dalam memperjuangkan penyatuan bangsa
serumpun Malaysia-Indonesia berdasarkan ilham dan cita-cita sepanjang tempoh kehidupannya. Timbulnya isu-isu
yang menggugat keharmonian kedua negara ternyata telah mencabar semangat serumpun yang diwarisi sejak ratusan
tahun. Roh dan semangat serumpun semakin meminggir malahan tidak disedari oleh sebahagian generasi baru kerana
identiti negara bangsa yang bersifat patriotik. Hamka telah menyedari bakal berlakunya pemecahan identiti bangsa
dan kerosakan terhadap nilai serumpun sekiranya tidak dipertahankan oleh Malaysia dan Indonesia. Melalui kajian dan
mengabstrakkan hasil-hasil karya Hamka sama ada dalam bidang sejarah, politik, novel, falsafah, tafsir dan biografi,
beberapa elemen yang menyatukan bangsa serumpun akan dilihat sebagai bukti bahawa Hamka mempunyai cita-cita
dan misi dalam menyatukan bangsa serumpun. Melalui penulisannya, Hamka menjadikan Melaka sebagai lambang
kejatuhan bangsa serumpun di samping memperjuangkan pemikiran agama sebagai penyatuan. Selain perjuangan
menangkis pengaruh luar yang melemahkan bangsa, Hamka menjadikan bahasa, tulisan dan sastera sebagai lambang
penyatuan bangsa serumpun. Penolakan terhadap sikap sentrik dan pengukuhan identiti bangsa serumpun merupakan
perjuangan dalam memastikan umat Melayu dan Islam di kedua negara bersatu. Jumpaan terhadap perjuangan Hamka
melalui karya dalam bidang sejarah, bahasa, budaya dan agama ini boleh dijadikan panduan dalam konteks negara
serumpun bagi memastikan perhubungan negara bangsa yang lebih harmoni dan beridentitikan dunia Melayu. |
---|