Tinjauan pembentukan struktur pasif di- berdasarkan tiga pendekatan tatabahasa generatif
Berdasarkan pendekatan Syntactic Structures (Chomsky, 1957), struktur pasif dianalisis sebagai struktur yang terbit daripada ayat aktif. Walau bagaimanapun perkembangan teori tatabahasa generatif dalam sekitar tahun-tahun 1980-an dan 1990-an, telah menyaksikan berlaku beberapa perubahan analisis,...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8556/ http://journalarticle.ukm.my/8556/ http://journalarticle.ukm.my/8556/1/5132-12171-1-SM.pdf |
Summary: | Berdasarkan pendekatan Syntactic Structures (Chomsky, 1957), struktur pasif dianalisis
sebagai struktur yang terbit daripada ayat aktif. Walau bagaimanapun perkembangan teori
tatabahasa generatif dalam sekitar tahun-tahun 1980-an dan 1990-an, telah menyaksikan
berlaku beberapa perubahan analisis, dalam menangani persoalan struktur pasif, termasuklah
isu pembentukan struktur pasif bahasa Melayu. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan untuk
meneliti persoalan pembentukan struktur pasif di-, dalam konteks perubahan analisisnya
dalam kerangka tatabahasa generatif. Untuk tujuan tersebut, tiga pendekatan diteliti iaitu
Syntactic Structures (Chomsky, 1957), teori Kuasaan dan Tambatan (Chomsky, 1981) dan
Program Minimalis (Chomsky, 1995, 2000, 2001). Penelitian memperlihatkan bahawa
ketiga-tiga pendekatan tersebut mempunyai deskripsi yang berbeza-beza dalam
menghuraikan pembentukan struktur pasif di-. Pendekatan analisis berdasarkan Syntactic
Structures didapati tertumpu kepada aspek pengaplikasian rumus transformasi pasif dalam
menghuraikan pembentukan struktur pasif di-. Berdasarkan pendekatan ini juga, struktur
pasif di- dianalisis sebagai terbit daripada ayat aktif. Sebaliknya dalam pendekatan teori
Kuasaan dan Tambatan, pembentukan struktur pasif di- dianalisis dalam konteks interaksinya
dengan teori Kasus, khususnya dari segi pergerakan FN (objek), di samping teori Teta.
Pendekatan ini turut menghuraikan bahawa struktur pasif di- terbit daripada satu struktur
dalam yang sedia pasif. Berbeza daripada kedua-dua pendekatan tersebut, pendekatan
Program Minimalis menjelaskan pembentukan struktur pasif di- sebagai satu derivasi yang
berdikari dan berasaskan daftar leksikalnya yang tersendiri. Makalah ini turut mencadangkan
bahawa pergerakan FN (objek) dalam struktur pasif di- dicetuskan oleh keperluan
penyemakan fitur kuat tak berinterpretasi. |
---|