Faktor kewujudan sinonim dalam Bahasa Melayu dan Arab : satu analisis perbandingan
Setiap bahasa di dunia mempunyai ciri-ciri tersendiri terutamanya yang melibatkan aspek linguistik. Bahasa Melayu dan bahasa Arab merupakan antara bahasa-bahasa di dunia yang mempunyai ciri-ciri istimewa dari aspek linguistiknya. Sinonim merupakan sebahagian daripada aspek yang dilihat menyerlahk...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8567/ http://journalarticle.ukm.my/8567/ http://journalarticle.ukm.my/8567/1/6619-16744-1-SM.pdf |
Summary: | Setiap bahasa di dunia mempunyai ciri-ciri tersendiri terutamanya yang melibatkan aspek
linguistik. Bahasa Melayu dan bahasa Arab merupakan antara bahasa-bahasa di dunia yang
mempunyai ciri-ciri istimewa dari aspek linguistiknya. Sinonim merupakan sebahagian
daripada aspek yang dilihat menyerlahkan keistimewaan dan identiti bahasa Melayu dan
Arab. Selain itu, sinonim mempunyai signifikan yang jelas dalam pembentukan kosa kata
sesuatu bahasa. Makalah ini membincangkan faktor-faktor kewujudan sinonim dalam bahasa
Melayu dan Arab. Selain daripada melihat faktor-faktor tersebut, makalah ini juga membuat
perbandingan antara faktor-faktor kewujudan sinonim dalam bahasa Melayu dan Arab.
Berdasarkan analisis perbandingan yang dilakukan, didapati bahawa peminjaman bahasa
menjadi faktor penting bagi kedua-dua bahasa dalam melahirkan kata sinonim. Dari sudut
perbezaan pula, bahasa Arab didapati telah mengumpul banyak sinonim daripada
dialek-dialek yang saling berbeza dan hal ini tidak begitu menyerlah dalam bahasa Melayu.
Kajian mengenai sinonim ini wajar diperluaskan kerana kepentingannya bagi tujuan
memelihara identiti sesuatu bahasa, selain sebagai satu medium untuk memperkayakan
perbendaharaan kata bahasa tersebut. |
---|