Signifikasi konsep proxemics dan chronemics dalam ritual kematian Bajau: satu kajian dari perspektif komunikasi bukan lisan

Bahasa digunakan sebagai wahana komunikasi manusia, samada dalam bentuk simbol bahasa lisan mahupun bukan lisan. Dalam realiti fenomena sosial, tidak semua perkara dapat dikomunikasikan melalui bahasa lisan sahaja, malah kebanyakannya diekspresikan melalui bahasa rupa, yang turut dikenali sebagai ko...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Halina Sendera Mohd. Yakin, Andreas Totu
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysian 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8583/
http://journalarticle.ukm.my/8583/
http://journalarticle.ukm.my/8583/1/V30_2_5.pdf
Description
Summary:Bahasa digunakan sebagai wahana komunikasi manusia, samada dalam bentuk simbol bahasa lisan mahupun bukan lisan. Dalam realiti fenomena sosial, tidak semua perkara dapat dikomunikasikan melalui bahasa lisan sahaja, malah kebanyakannya diekspresikan melalui bahasa rupa, yang turut dikenali sebagai komunikasi bukan lisan. Kertas kerja ini mengetengahkan simbol bahasabukan lisan dengan memfokuskan kepada konsep proxemics (ruang) dan chronemics (masa) dalam ritual kematian Bajau. Kajian bersifat kualitatif ini menggunakan teknik pengamatan turut serta dan temu bual mendalam yang dilaksanakan di Kampung Kota Belud, Sabah. Teori Semiotik dan pendekatan Komunikasi bukan lisan diaplikasikan untuk memandu arah dan memberi makna kepada simbol-simbol berkenaan. Selain berfungsi sebagai aktiviti budaya yang harus dilaksanakan ketika adanya kematian, symbol bukan lisan menerusi konsep ruang dan masa turut berperanan sebagai salah satu daripada pelbagai cara masyarakat Bajau mengekspresikan nilai-nilai budaya dan merepresentasikan pandangan alam mereka.