Berian/barian perkahwinan Bajau Kota Belud di Sabah: satu tinjauan dini

Pemberian/permintaan perkahwinan bukanlah satu perkara baru yang diamalkan malah dalam kebanyakan budaya tradisi di dunia sudah lama mengamalkan budaya sedemikian. Terdapat pelbagai tafsiran diberikan terhadap pemberian/permintaan perkahwinan sama ada bersifat mas kahwin, ganti rugi, douri, pembay...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Saidatul Nornis Mahali
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8599/
http://journalarticle.ukm.my/8599/
http://journalarticle.ukm.my/8599/1/9025-24125-1-PB.pdf
Description
Summary:Pemberian/permintaan perkahwinan bukanlah satu perkara baru yang diamalkan malah dalam kebanyakan budaya tradisi di dunia sudah lama mengamalkan budaya sedemikian. Terdapat pelbagai tafsiran diberikan terhadap pemberian/permintaan perkahwinan sama ada bersifat mas kahwin, ganti rugi, douri, pembayaran menggunakan wang ataupun benda. Setiap pemberian/permintaan perkahwinan berkenaan penting untuk dipenuhi agar sesuatu perkahwinan itu boleh dilangsungkan. Selain untuk menyatukan pasangan lelaki dan perempuan, pemberian/ permintaan perkahwinan turut membawa maksud tersirat yang hanya difahami oleh ahli pendukung sesuatu budaya itu. Memandangkan pemberian atau permintaan perkahwinan ini masih tegar diamalkan dalam kalangan orangorang Bajau di daerah Kota Belud, Sabah, maka, kajian ini telah dilaksanakan di tiga buah kampung di daerah berkenaan, iaitu kampung Taun Gusi, kampung Timbang Dayang dan kampung Kulambai. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian ikut serta, temu bual dengan para responden dan rakaman semasa proses peminangan berlaku. Hasil kajian ini mendapati setiap pemberian atau permintaan perkahwinan itu merupakan satu keutamaan yang perlu disepakati sebelum perkahwinan dilangsungkan. Sekiranya wujud ketidaksepakatan dalam permintaan berkenaan maka, proses pertunangan dan perkahwinan akan terjejas sekaligus, menyebabkan lahir rasa tidak senang antara dua buah keluarga yang terlibat. Justeru, makalah ini diusahakan untuk mendiskusikan salah satu bentuk pernyataan identiti melalui adat perkahwinan dalam kalangan etnik Bajau khususnya, dalam aspek pemberian/permintaan perkahwinan yang dikenali sebagai berian dalam budaya Bajau.