‘Focal’ Cardiac Concussion – An Under-Recognized Problem?

Gegaran jantung merupakan hentakan tumpul, mengejut terhadap bahagian dada yang boleh menyebab kematian. Walaubagaimanapun, terdapat sebahagian pesakit tidak memenuhi definisi tersebut. Kami melaporkan dua kes yang tidak memenuhi domain definisi tersebut. Dua mangsa lelaki mendapatkan rawatan di Jab...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: TAN TL., DAZLIN MASDIANA S., ROBERTSON C.
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8700/
http://journalarticle.ukm.my/8700/
http://journalarticle.ukm.my/8700/1/10.Tan%2520TL%2520et%2520al..pdf
Description
Summary:Gegaran jantung merupakan hentakan tumpul, mengejut terhadap bahagian dada yang boleh menyebab kematian. Walaubagaimanapun, terdapat sebahagian pesakit tidak memenuhi definisi tersebut. Kami melaporkan dua kes yang tidak memenuhi domain definisi tersebut. Dua mangsa lelaki mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dengan kesakitan dada sederhana selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. Didapati paras ST meningkat pada led dada V2 dan V3 serta peningkatan paras kreatin kinase dantropnin T. Elektrokardiogram tersebut balik ke paras biasa selepas 24 jam. Mereka discas dengan selamatnya selepas 24 jam rawatan di wad sementara Jabatan Kecemasan. Definisi gegaran jantung (commotion cordis) konvensional dan lebam jantung adalah tidak sesuai untuk mengambarkan keadaan kes-kes tersebut. Oleh itu, kami mencadangkan diagnosis gegaran jantuang setempat (fokus). Kami juga ingin menekankan kebolehan Jabatan Kecemasan untuk memantau dan merawat pesakit-pesakit golongan ini di wad sementara jabatan ini.