Pencirian dan aktiviti antibakteria endofit Streptomyces sp. dari Hutan Simpan Penyelidikan UKM Bangi
Endofit yang bersimbiosis dengan tumbuhan merupakan mikroorganisma yang terdapat dalam satu sistem jaringan tumbuhan seperti pada akar, daun, batang atau ranting. Ianya dapat menghasilkan metabolit sekunder yang berpotensi untuk digunakan dalam bidang kesihatan sebagai sumber penghasilan antibioti...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8716/ http://journalarticle.ukm.my/8716/ http://journalarticle.ukm.my/8716/1/44_1_18.pdf |
Summary: | Endofit yang bersimbiosis dengan tumbuhan merupakan mikroorganisma yang terdapat dalam satu sistem jaringan tumbuhan
seperti pada akar, daun, batang atau ranting. Ianya dapat menghasilkan metabolit sekunder yang berpotensi untuk digunakan
dalam bidang kesihatan sebagai sumber penghasilan antibiotik. Kajian ini bertujuan memencilkan endofit Streptomyces sp.
daripada pelbagai tumbuhan ubatan endemik. Kesemua pencilan telah dikenalpasti melalui pemerhatian secara makroskopik
dan mikroskopik. Sebanyak 28 pencilan (32%) yang bercirikan Streptomyces sp. telah berjaya dipencilkan menggunakan
media pemencil ISP2. Kesemua pencilan adalah bergram positif, mempunyai filamen bercabang serta berbau tanah yang
merupakan ciri penting Streptomyces sp. Daripada pemerhatian secara makroskopik, didapati kebanyakan koloni yang terbentuk
mempunyai permukaan yang tidak rata serta bersifat kering berkapur. Warna miselium udara pencilan adalah berbeza iaitu
kelabu, putih kuning, putih serta hijau kelabu. Selain itu, warna miselium substrat ialah putih kuning, coklat, jingga tua, hijau
zaitun dan kelabu muda. Amat menarik kerana terdapat beberapa pencilan yang berbeza cirinya telah dipencilkan daripada
pokok yang sama. Selain dari itu, terdapat beberapa pencilan yang mempunyai aktiviti antibakteria yang memberikan perencatan
100% terhadap bakteria ujian. |
---|