Pengaruh subjek dan predikat dalam pemahaman teks Bahasa Arab
Pemahaman merupakan objektif utama aktiviti membaca. Realiti hari ini, terdapat ramai pelajar pengajian bahasa Arab yang tidak mampu memahami teks dengan baik. Antara puncanya ialah kelemahan penguasaan ilmu tatabahasa. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pemahaman pelajar terhadap teks bacaan d...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8840/ http://journalarticle.ukm.my/8840/ http://journalarticle.ukm.my/8840/1/1Pengaruh_subjek.pdf |
Summary: | Pemahaman merupakan objektif utama aktiviti membaca. Realiti hari ini, terdapat ramai pelajar pengajian bahasa Arab
yang tidak mampu memahami teks dengan baik. Antara puncanya ialah kelemahan penguasaan ilmu tatabahasa. Kajian
ini bertujuan untuk mengetahui pemahaman pelajar terhadap teks bacaan dan menganalisis pengaruh unsur tatabahasa
subjek dan predikat terhadap pemahaman pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan kajian
kes. Enam orang pelajar pengajian Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Pendidikan (ISMBADP) dari Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi peserta kajian ini. Data dikumpulkan melalui dokumen pemahaman teks dan
temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peserta kajian dapat memahami teks dengan baik. Temu bual yang
dijalankan menunjukkan wujudnya pengaruh unsur tatabahasa subjek dan predikat terhadap pemahaman. Oleh itu, unsur
subjek dan predikat merupakan aspek penting yang perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)
pema haman teks bahasa Arab selain daripada kosa kata, kerana ia merupakan unsur asas binaan ayat. |
---|