Pengubahsuaian dalam pengajaran kemahiran Bahasa Malaysia bagi murid bermasalah pembelajaran

Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah inkuiri naratif ini bertujuan untuk melihat pengubahsuaian dalam pengajaran kemahiran Bahasa Malaysia bagi murid bermasalah pembelajaran. Dua objektif kajian ini ialah mengenal pasti pengubahsuaian masa aktiviti dan susunan aktiviti yang dilakukan oleh gur...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Noor Aini Ahmad, Zamri Mahamod
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8848/
http://journalarticle.ukm.my/8848/
http://journalarticle.ukm.my/8848/1/9Pengubahsuaian.pdf
Description
Summary:Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah inkuiri naratif ini bertujuan untuk melihat pengubahsuaian dalam pengajaran kemahiran Bahasa Malaysia bagi murid bermasalah pembelajaran. Dua objektif kajian ini ialah mengenal pasti pengubahsuaian masa aktiviti dan susunan aktiviti yang dilakukan oleh guru bagi membantu murid bermasalah pembelajaran belajar dengan lebih berkesan dan mengenal pasti sejauh mana perkataan berfungsi diajar dalam pengajaran kemahiran Bahasa Malaysia bagi murid bermasalah pembelajaran. Seramai empat orang guru Pendidikan Khas dipilih menggunakan persampelan bertujuan untuk mengambil bahagian dalam kajian di mana data dikumpul menerusi pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Dapatan kajian mendapati peserta kajian mengubah suai masa aktiviti mengikut tahap kefungsian murid dan mereka mengajar murid bermasalah pembelajaran teruk yang mengalami masalah pertuturan menggunakan bahasa isyarat dan berpandukan sebuah Manual Pengurusan Kanak-kanak yang Mengalami Masalah Komunikasi. Dapatan kajian juga mendapati peserta kajian mengajar perkataan yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Peserta kajian didapati menentukan isi kandungan pelajaran kerana tidak ada buku teks disediakan. Artikel ini mencadangkan senarai perkataan berfungsi yang boleh dijadikan panduan apabila mengajar kemahiran Bahasa Malaysia kepada murid bermasalah pembelajaran sederhana dan teruk.