Keupayaan guru pelatih terhadap pelaksanaan aktiviti semasa latihan mengajar dalam pembentukan guru novis

Guru pelatih perlu didedahkan dengan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah. Proses ini akan membawa mereka berhadapan kesukaran semasa melaksanakan aktiviti tersebut. Sehubungan itu, kajian ini mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifi kan antara...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rasid Jamian, Nurul Nadiah Razali, Shamsudin Othman
Format: Article
Language:English
Published: penerbit ukm 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8849/
http://journalarticle.ukm.my/8849/
http://journalarticle.ukm.my/8849/1/10Keupayaan.pdf
Description
Summary:Guru pelatih perlu didedahkan dengan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah. Proses ini akan membawa mereka berhadapan kesukaran semasa melaksanakan aktiviti tersebut. Sehubungan itu, kajian ini mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifi kan antara persepsi guru pelatih seramai 173 terhadap latihan mengajar dengan aktiviti dan kesukaran melaksanakannya semasa menjalani latihan mengajar dalam usaha membentuk guru novis. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat hubungan negatif yang signifi kan antara persepsi terhadap latihan mengajar dan kesukaran melakukan aktiviti yang disenaraikan semasa latihan mengajar. Hubungan ini menunjukkan bahawa jika responden mempunyai persepsi yang positif terhadap latihan mengajar, maka mereka merasa mudah untuk melakukan aktiviti semasa latihan mengajar dan begitulah sebaliknya. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifi kan dari segi persepsi terhadap latihan mengajar dan kesukaran melakukan aktiviti atau mengatasi masalah yang dihadapi. Guru pelatih didapati mempunyai persepsi yang positif terhadap latihan mengajar dan menyatakan tidak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti semasa latihan mengajar. Hal ini merupakan satu situasi yang amat memberangsangkan dalam usaha kita melahirkan guru-guru novis yang bermutu dan akan mendidik anak bangsa pada masa depan.