Wanita dan HIV/AIDS di Malaysia: punca jangkitan dari aspek sosiobudaya
Jangkitan Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) di Malaysia yang mula dikesan pada 1986 dalam kalangan lelaki kini turut melibatkan kaum wanita, bahkan peratusannya melebihi kaum lelaki. Jangkitan HIV/AIDS dalam kalangan wanita tidak hanya melibatkan pen...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8890/ http://journalarticle.ukm.my/8890/ http://journalarticle.ukm.my/8890/1/8ok.geografia-jan15-mashrommuda-edkatam.pdf |
Summary: | Jangkitan Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) di Malaysia
yang mula dikesan pada 1986 dalam kalangan lelaki kini turut melibatkan kaum wanita, bahkan peratusannya
melebihi kaum lelaki. Jangkitan HIV/AIDS dalam kalangan wanita tidak hanya melibatkan penagih dadah dan
pelacur, tetapi juga suri rumah dan gadis remaja. Perubahan trend jangkitan ini memerlukan suatu penelitian
mengapa masalah ini berlaku. Artikel ini bertujuan memahami sejarah hidup, mengenal pasti dan menginterpretasi
faktor sosiobudaya yang menyebabkan jangkitan HIV/AIDS dalam kalangan wanita Melayu. Selain data sekunder,
kajian ini menggunakan data primer yang diperolehi melalui temu bual secara mendalam ke atas 16 orang informan
terdiri daripada wanita HIV/AIDS yang berada di luar dan dalam institusi penjara serta pusat serenti di Besut, Pasir
Puteh, Bachok dan Kota Bharu. Kajian ini mendapati bahawa, faktor sosial adalah punca utama berlakunya
jangkitan HIV/AIDS dalam kalangan wanita. Aspek kuasa, terutamanya dalam konteks hubungan seks selain
kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah dan tidak bekerja turut menjadi punca utama. Dengan meningkatkan
kualiti hidup melalui pengurangan kadar kemiskinan, pengangguran dan inflasi, di samping peningkatan kadar celik
huruf dan taraf kesihatan, risiko jangkitan HIV/AIDS dalam kalangan wanita di negara ini dapat dikurangkan. |
---|