Kualiti air Sungai UTM: satu penilaian awal berpandukan enam parameter Indeks Kualiti Air

Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa pembangunan pesat telah mencemarkan banyak sungai di Malaysia di mana daripada 150 batang sungai utama, 41peratus telah tercemar. Kajian ini menampilkan satu lagi contoh hakikat ini. Kualiti air Sungai UTM diniali dengan berpandukan enam parameter utama Indeks...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurain Ma’arof, Ang Kean Hua
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8893/
http://journalarticle.ukm.my/8893/
http://journalarticle.ukm.my/8893/1/11ok.geografia-jan15-nurain%26ang-edkatam.pdf
Description
Summary:Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa pembangunan pesat telah mencemarkan banyak sungai di Malaysia di mana daripada 150 batang sungai utama, 41peratus telah tercemar. Kajian ini menampilkan satu lagi contoh hakikat ini. Kualiti air Sungai UTM diniali dengan berpandukan enam parameter utama Indeks Kualiti Air, iaitu Oksigen Terlarut (DO), Permintaan Oksigen Biokimia (BOD), Permintaan Oksigen Kimia (COD), Nitrogen Ammonia (NH3N), Indeks Kealkalian (pH), dan Pepejal Terampai (SS). Manakala suhu (°C) sebagai faktor luaran juga turut diambil kira dalam mempengaruhi kepekatan enam parameter kualiti air sungai tersebut. Sebanyak lapan stesen yang terletak di sepanjang Sungai UTM telah dijadikan sampel kajian ini. Analisis data telah dilakukan di tapak dan di makmal. Hasil analisis menunjukkan COD, BOD, dan NH3N didapati tinggi di beberapa stesen di bahagian pertengahan Sungai UTM, diikuti dengan parameter SS yang mempunyai nilai tinggi di bahagian hulu Sungai UTM, dan nilai parameter DO pula tinggi di akhir bahagian pertengahan dan muara Sungai UTM. Manakala pH pula berada pada keadaan neutral, iaitu tidak berasid dan tidak beralkali. Pencemaran ini berlaku disebabkan pelepasan sisa cecair dan pepejal akibat aktiviti pembasuhan, pembinaan, pemeliharaan kuda dan padang permainan di kawasan berhampiran. Oleh itu, pengurusan dan pengawalan harus diperketatkan bagi mengelakkan pencemaran air sungai UTM daripada berterusan.