Nota Penyelidikan Pengaruh sosio-ekonomi terhadap pemilikan kenderaan di Kota Kinabalu Sabah

Mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian adalah salah satu cabaran utama dalam pembangunan sistem pengangkutan yang mampan. Untuk menilai keberkesanan dasar, adalah perlu untuk memahami faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku pemilikan kenderaan persendirian. Kertas ini memp...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Harifah Mohd Noor, Mohd Fuad Mat Jali, Mokhtar Jaafar
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8898/
http://journalarticle.ukm.my/8898/
http://journalarticle.ukm.my/8898/1/16ok.geografia-jan15-harifah-edam.pdf
Description
Summary:Mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian adalah salah satu cabaran utama dalam pembangunan sistem pengangkutan yang mampan. Untuk menilai keberkesanan dasar, adalah perlu untuk memahami faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku pemilikan kenderaan persendirian. Kertas ini memperincikan pengaruh sosio-ekonomi isi rumah terhadap pemilikan kenderaan persendirian berdasarkan dapatan kaji selidik di lapangan yang melibatkan 988 responden di pusat bandaraya Kota Kinabalu. Data kajian dianalisis dengan ujian Khi Kuasa Dua dan Regresi Logistik. Ujian-ujian statistik ini menunjukkan pengguna yang bekerja sepenuh masa, umur dewasa, pendapatan RM2000 keatas, berkahwin serta pasangan hidupnya bekerja berpotensi tinggi memiliki kenderaan persendirian. Sebaliknya pengangkutan awam digunakan kebanyakannya oleh pengguna yang remaja, tidak bekerja (pelajar atau surirumah) atau yang bekerja separuh masa, berpendapatan RM800 kebawah dan masih bujang. Namun sasaran ini berpotensi berpindah kepada kenderaan persendirian sekiranya terdapat perubahan dalam kehidupan sosioekonomi mereka. Ini bermakna individu yang stabil sumber kewangannya dan berkeluarga adalah lebih cenderung menggunakan kenderaan persendirian berbanding pengangkutan awam. Penemuan terperinci begini dapat membantu pihak berkuasa dalam perancangan polisinya terhadap pemilikan kenderaan di Kota Kinabalu pada masa hadapan.