Kesan penggunaan rumpai laut sebagai agen penapis semula jadi dalam pengkulturan intensif rotifer Brachionus plicatilis

Penyelidikan ini dijalankan untuk menilai kesan penggunaan tiga spesies rumpai laut iaitu Ulva sp., Gracilaria sp. dan Kappaphycus sp. sebagai agen penapis semula jadi untuk menstabilkan pengkulturan rotifer dengan menggunakan petunjuk kaedah kuantitatif iaitu membandingkan nilai pertumbuhan seketik...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Razak, A.A.R., Zaidi, C.C., Zainoddin, J., Majid, A.M., Toda, T., Othman, B.H.R.
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8970/
http://journalarticle.ukm.my/8970/
http://journalarticle.ukm.my/8970/1/16_A.A.R._Razak.pdf
Description
Summary:Penyelidikan ini dijalankan untuk menilai kesan penggunaan tiga spesies rumpai laut iaitu Ulva sp., Gracilaria sp. dan Kappaphycus sp. sebagai agen penapis semula jadi untuk menstabilkan pengkulturan rotifer dengan menggunakan petunjuk kaedah kuantitatif iaitu membandingkan nilai pertumbuhan seketika per hari rotifer Brachionus plicatilis. Kadar pertumbuhan seketika per hari rotifer dengan penggunaan Ulva sp. (p<0.01), Gracilaria sp. (p<0.05) dan Kappaphycus sp. (p<0.05) pada berat basah 7 g dalam 10 L air laut menunjukkan kesan yang ketara berbanding kawalan. Bagi kesemua rumpai laut yang diuji, keputusan menunjukkan setelah tercapainya nilai min kadar pertumbuhan seketika per hari rotifer yang tertinggi, penambahan jumlah berat penggunaan rumpai laut memberikan kesan penurunan kepada kadar pertumbuhan seketika rotifer. Keputusan menunjukkan Ulva sp. sesuai digunakan sebagai penapis biologi.