Dakwah dalam dimensi kerohanian penjagaan paliatif menurut pendekatan Badi' al-Zaman Sa'id al-Nursi

Dakwah adalah seruan untuk mengajak supaya kembali mengamal dan menghayati ajaran Islam. Ia meliputi pelbagai aspek kehidupan dan melibatkan segenap lapisan sosial. Ini termasuklah dakwah yang disampaikan kepada golongan pesakit yang berada di ambang kematian agar mereka dapat mengakhiri kehidupan d...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Rif'aat Razman, Salasiah Hanin Hamjah
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8996/
http://journalarticle.ukm.my/8996/
http://journalarticle.ukm.my/8996/1/113-527-1-PB.pdf
Description
Summary:Dakwah adalah seruan untuk mengajak supaya kembali mengamal dan menghayati ajaran Islam. Ia meliputi pelbagai aspek kehidupan dan melibatkan segenap lapisan sosial. Ini termasuklah dakwah yang disampaikan kepada golongan pesakit yang berada di ambang kematian agar mereka dapat mengakhiri kehidupan dengan baik dan mendapat ḥusn al-khatimah. Di dalam bidang perubatan, konsep rawatan dan penjagaan bagi pesakit yang menghidapi penyakit kronik dan tiada harapan untuk sembuh dikenali sebagai penjagaan paliatif (palliative care) yang merupakan suatu bentuk khidmat penjagaan yang biasanya ditawarkan di hospis. Sungguhpun begitu, dapat diperhatikan bahawa dakwah kepada golongan pesakit di ambang kematian ini tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Justeru itu, artikel ini dihasilkan untuk mengkaji pemikiran al-Nursi berhubung konsep dakwah beliau terhadap golongan pesakit dalam konteks dimensi kerohanian penjagaan paliatif. Kajian ini menggunakan metodologi kajian analisis teks. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan dakwah al-Nursi dalam penjagaan paliatif ini mengambil metode emotif dengan menggunakan uslub al-maw’idzahal-ḥasanah dan al-targhīb untuk menimbulkan ḥusn al-ẓan dalam diri pesakit terhadap takdir yang telah ditentukan. Pengkaji mendapati bahawa al-Nursi membawa satu konsep dakwah yang dapat menyumbang kepada pemahaman mengenai dimensi kerohanian penjagaan paliatif yang bersesuaian dengan kehendak ajaran Islam.