Aplikasi gaya kepimpinan jurutera Muslim di negeri Melaka
Kajian ini bertujuan mengenalpasti gaya kepimpinan jurutera Muslim yang terdiri daripada gaya kepimpinan autokratik dan gaya kepimpinan demokratik di negeri Melaka. Kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan dan borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Kebolehpercayaan instrumen kaji...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8997/ http://journalarticle.ukm.my/8997/ http://journalarticle.ukm.my/8997/1/114-528-1-PB.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan mengenalpasti gaya kepimpinan jurutera Muslim yang terdiri daripada gaya kepimpinan autokratik dan gaya kepimpinan demokratik di negeri Melaka. Kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan dan borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Kebolehpercayaan instrumen kajian adalah pada nilai Alpha Cronbach (0.803). Seramai 340 orang jurutera Muslim berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) dan rawak mudah (simple randam sampling). Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science 22.0 (SPSS 22.0). Manakala analisis terhadap gaya kepimpinan autokratik dan gaya kepimpinan demokratik menunjukkan bahawa gaya kepimpinan autokratik jurutera Muslim berada di tahap sederhana. Berbeza dengan tahap gaya kepimpinan demokratik ia berada di tahap yang tinggi. Kajian ini juga menunjukkan bahawa gaya kepimpinan demokratik (M=4.5550) adalah lebih dominan diamalkan berbanding gaya kepimpinan autokratik (M=2.7459) dalam kalangan jurutera Muslim di negeri Melaka. |
---|