Penyediaan kemudahan orang kurang upaya (OKU) di masjid-masjid: kajian kes di masjid-masjid daerah Batang Padang
Masyarakat melakukan pergerakan setiap hari untuk ke sesuatu tempat termasuklah pergerakan ke rumah ibadat. Pergerakan ke rumah ibadat melibatkan semua golongan termasuklah orang kurang upaya (OKU). Namun begitu, golongan OKU memerlukan kemudahan yang tersendiri bagi memudahkan pergerakan mereka ke...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8998/ http://journalarticle.ukm.my/8998/ http://journalarticle.ukm.my/8998/1/116-529-1-PB.pdf |
Summary: | Masyarakat melakukan pergerakan setiap hari untuk ke sesuatu tempat termasuklah pergerakan ke rumah ibadat. Pergerakan ke rumah ibadat melibatkan semua golongan termasuklah orang kurang upaya (OKU). Namun begitu, golongan OKU memerlukan kemudahan yang tersendiri bagi memudahkan pergerakan mereka ke rumah ibadat. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan penyediaan kemudahan untuk OKU di masjid-masjid seluruh daerah Batang Padang. Sebanyak 39 buah masjid yang terdapat di daerah ini telah dikaji berkaitan dengan penyediaan kemudahan OKU. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual untuk meneliti kemudahan OKU yang disediakan di masjid-masjid di Daerah Batang Padang. Penganalisisan data dilakukan, mendapati penyediaan kemudahan OKU di masjid-masjid daerah Batang Padang masih berada di tahap kurang memuaskan. Hanya masjid-masjid di kawasan bandar sahaja yang menyediakan kemudahan untuk golongan OKU berbanding dengan masjid di kawasan luar bandar. Faktor yang mempengaruhi penyediaan kemudahan OKU di masjid di kawasan ini turut dikemukakan. |
---|