"Jadi Melayu": televisyen dan pembentukan identiti wanita keturunan Jawa di Malaysia

Artikel ini membincangkan penontonan televisyen dalam kalangan wanita keturunan Jawa di Sabak Bernam dan hubungannya dengan pembentukan identiti seharian. Masyarakat keturunan Jawa di Malaysia diiktiraf sebagai bangsa Melayu dan terdedah dengan budaya arus perdana negara ini melalui pelbagai saluran...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Lily El Ferawati Rofil, Md Azalanshah Md Syed, Azizah Hamzah
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysian 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9101/
http://journalarticle.ukm.my/9101/
http://journalarticle.ukm.my/9101/1/V31_1_3.pdf
Description
Summary:Artikel ini membincangkan penontonan televisyen dalam kalangan wanita keturunan Jawa di Sabak Bernam dan hubungannya dengan pembentukan identiti seharian. Masyarakat keturunan Jawa di Malaysia diiktiraf sebagai bangsa Melayu dan terdedah dengan budaya arus perdana negara ini melalui pelbagai saluran seperti televisyen. Pada masa yang sama, mereka masih mengekalkan identiti dan budaya Jawa mereka. Dengan perkataan lain, pembentukan identiti budaya mereka dipengaruhi oleh “agensi manusia dan struktur sosial.” Bagaimanapun, artikel ini berhujah bahawa pembentukan identiti dan imej kendiri masyarakat keturunan Jawa di Malaysia perlu difahami dalam konteks yang lebih luas dengan mengambil kira peranan kandungan televisyen yang turut mempengaruhi proses tersebut. Berdasarkan dapatan awal kajian etnografi di Sabak Bernam, artikel ini mendapati bahawa wanita keturunan Jawa di Malaysia mengamalkan penontonan keagamaan dan demokratik untuk mengukuhkan identiti budaya dan politik mereka dalam usaha untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat Melayu.