Membangun kepimpinan organisasi berasaskan budaya lokal: suatu analisis perbandingan
Kejayaan ataupun kegagalan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada pencapaian kepimpinannya. Kepimpinan pula sangat dipengaruhi oleh kuasa budaya di negara atau kawasan di mana pemimpin tersebut menjalankan fungsinya sebagaimana yang berlaku di Jepun, Korea Selatan, Indonesia, dan sub-Sahara...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9144/ http://journalarticle.ukm.my/9144/ http://journalarticle.ukm.my/9144/1/6x.fullgeo-sept15-suhana.pdf |
Summary: | Kejayaan ataupun kegagalan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada pencapaian kepimpinannya.
Kepimpinan pula sangat dipengaruhi oleh kuasa budaya di negara atau kawasan di mana pemimpin tersebut
menjalankan fungsinya sebagaimana yang berlaku di Jepun, Korea Selatan, Indonesia, dan sub-Sahara Afrika.
Artikel ini bertujuan mengenal pasti ciri nilai budaya lokal dan peranannya dalam kepimpinan serta mengemukakan
sebuah model kepimpinan dengan mengambil kira peranan budaya lokal dalam kepimpinan sesebuah organisasi.
Kaedah kualitatif digunakan dengan meneliti kandungan literatur mengenai budaya bushido di Jepun, hahn di Korea
Selatan, siri’ di Indonesia dan ubuntu di sub-Sahara Afrika. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa
persamaan nilai antara satu budaya dengan satu budaya yang lain dalam setiap daripada keempat-empat budaya
tempatan tersebut. Berdasarkan senarai persamaan nilai budaya tersebut, maka pendekatan model kepimpinan
berlandaskan nilai-nilai budaya lokal telah dihasilkan. |
---|