Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) dan persepsi pengundi terhadap dasar kerajaan: kajian kes Dewan Undangan Negeri (N25) Kajang, Selangor
Pilihan Raya Kecil (PRK) adalah landasan bagi menjejak arah-aliran jangka pendek penilaian pengundi. PRK Dewan Undangan Negeri (N25) Kajang 2014 diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Kajang melalui perletakan jawatan ADUN Kajang iaitu Lee Chin Cheh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kajia...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9153/ http://journalarticle.ukm.my/9153/ http://journalarticle.ukm.my/9153/1/7x.geografia-si-ogos15-jab-edam3.pdf |
Summary: | Pilihan Raya Kecil (PRK) adalah landasan bagi menjejak arah-aliran jangka pendek penilaian pengundi. PRK
Dewan Undangan Negeri (N25) Kajang 2014 diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Kajang melalui
perletakan jawatan ADUN Kajang iaitu Lee Chin Cheh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kajian ini bertujuan
untuk menganalisis kempen, isu dan persepsi terhadap dasar kerajaan negeri dan persekutuan dalam Pilihan Raya
Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (N25) Kajang, Selangor. Beberapa kaedah telah digunakan iaitu penyelidikan
perpustakaan, pemerhatian di lapangan dan soal selidik terhadap 300 orang responden di kesemua 16 Daerah
Mengundi dalam DUN Kajang. Hasil kajian mendapati jenis kempen, manifesto parti dan calon menjadi medium
utama dalam mempengaruhi sokongan responden kepada parti politik dalam PRK DUN Kajang. Keseluruhannya,
persepsi terhadap dasar-dasar Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat adalah positif namun pengundi mengharapkan
agar isu ekonomi iaitu isu kenaikan harga barangan dan peluang pekerjaan dapat ditangani oleh pihak yang berwajib
agar kehidupan mereka lebih baik. PRK DUN Kajang juga memperlihatkan pengekalan ‘status quo’ iaitu
kemenangan kepada PKR kerana impak keputusan PRU 2013 masih baru dan terkesan oleh pengundi di DUN
Kajang. |
---|