Penerimaan kempen pendermaan organ dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia: satu kajian pendapat awam
Kekurangan penderma organ dalam kalangan masyarakat merupakan masalah yang telah membelenggu negara Malaysia sejak sekian lama. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan mahupun bukan kerajaan untuk menangani masalah ini namun ianya masih belum dapat di atasi sepenuhnya. Kajian ini bertujuan u...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9156/ http://journalarticle.ukm.my/9156/ http://journalarticle.ukm.my/9156/1/10x.geografia-si-sept15-hasfazila%26helmi-edam2.pdf |
Summary: | Kekurangan penderma organ dalam kalangan masyarakat merupakan masalah yang telah membelenggu negara
Malaysia sejak sekian lama. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan mahupun bukan kerajaan untuk
menangani masalah ini namun ianya masih belum dapat di atasi sepenuhnya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji
sejauh mana tahap penerimaan kempen derma organ oleh masyarakat Islam di Malaysia. Pendekatan teori sikap dan
juga teori pemasaran sosial telah diguna pakai dalam kajian ini. Maklumat daripada tinjauan susastera menegaskan
bahawa kajian ke atas sikap, persepsi dan kempen mempunyai impaknya dalam mempengaruhi keputusan seseorang
individu dan seterusnya boleh membantu pihak berwajib mengatur strategi untuk meningkatkan lagi kadar pengikrar
derma organ. Seramai 200 orang responden telah disoal selidik. Data primer ini dianalisis dengan menggunakan
statistik deskriptif. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati meskipun majoriti responden kurang tertarik
dengan kempen derma organ namun mereka masih bersetuju bahawa kempen ini terus dijalankan bagi memberi
kesedaran kepada masyarakat Islam. Anehnya, tindakan untuk menjadi pengikrar derma organ adalah kurang dan
boleh dikatakan hampir tiada. Dapatan ini mungkin mencerminkan kelemahan konstruk kajian dimana faktor-faktor
selain sikap, persepsi dan kesedaran kempen tidak diambil kira. Biarpun begitu hasil kajian ini diharap dapat
membantu pihak kerajaan dan bukan kerajaan untuk memperkasakan lagi kempen derma organ di kalangan
masyarakat Islam di masa hadapan. |
---|