Gaya peralihan kod dalam kesusasteraan multilingual di Malaysia
Dalam makalah ini, hubungan di antara peralihan kod (code-switching) dan identiti sosial akan dibincangkan. Makalah ini berpandangan bahawa peralihan kod digunakan untuk menggambarkan identiti pengarang dan pembaca. Gejala percampuran kod telah menjadi suatu kelaziman dalam masyarakat berbilang ka...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9177/ http://journalarticle.ukm.my/9177/ http://journalarticle.ukm.my/9177/2/Gaya_peralihan_kod_dalam_kesusasteraan_multilingual.pdf |
Summary: | Dalam makalah ini, hubungan di antara peralihan kod (code-switching) dan identiti sosial akan dibincangkan.
Makalah ini berpandangan bahawa peralihan kod digunakan untuk menggambarkan identiti pengarang dan pembaca.
Gejala percampuran kod telah menjadi suatu kelaziman dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Makalah
ini akan meneroka (i) pola peralihan kod, dan (ii) fungsi peralihan kod dalam novel terpilih. Analisis peralihan kod dalam makalah ini akan berdasarkan pengkategorian yang dikemukakan oleh Milroy dan Musyken. Hasil kajian
menunjukkan bahawa intra-ayat lebih produktif berbanding inter-ayat dalam kesusasteraan Melayu. Penutur lebih
cenderung memilih peralihan kod Melayu-Inggeris dalam situasi formal dan akan menggunakan bahasa Melayu
sepenuhnya dalam situasi tak formal. Kajian ini mendapati kebanyakan watak dalam novel Melayu adalah dwibahasa
dominan, iaitu dominan dalam satu bahasa. Kajian ini telah menyumbang pada pemahaman gaya peralihan kod dalam
kesusasteraan multilingual di Malaysia. |
---|