Suatu analisa terhadap pandangan kosmologi Barat dan di alam Melayu
Idea mengenai kosmos merupakan suatu idea yang agak lama kerana ia dijumpai dalam kebanyakan tulisan ahli falsafah Yunani. Sejak manusia itu mula mendongak ke langit, mereka sering berfikir bagaimana dan apakah alam ini dan juga di manakah tempat mereka di dalamnya. Kebanyakan yang difikirkan dan d...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9181/ http://journalarticle.ukm.my/9181/ http://journalarticle.ukm.my/9181/1/Satu_analisa_terhadap_pandangan.pdf |
Summary: | Idea mengenai kosmos merupakan suatu idea yang agak lama kerana ia dijumpai dalam kebanyakan tulisan ahli falsafah
Yunani. Sejak manusia itu mula mendongak ke langit, mereka sering berfikir bagaimana dan apakah alam ini dan juga di manakah tempat mereka di dalamnya. Kebanyakan yang difikirkan dan dicapai oleh manusia adalah berasaskan kepada idea yang berkait rapat dengan golongan Yunani dan juga dari agama dunia. Dalam Islam, alam yang merupakan perkataan Arab mempunyai dua makna, satu merujuk kepada alam fizikal dan lain-lain; yang kedua ia merujuk kepada semua yang bukan Tuhan tetapi yang merupakan manifestasiNya. Oleh itu suatu kefahaman kosmologi di dalam pandangan Islam sering berdasarkan kepada hubungan antara apa yang dianggap sia-sia dan yang dianggap mulia, antara duniawi dan
apa yang melampauinya. Walau bagaimanapun sejak ahli saintis Barat berpandangan bahawa alam ini adalah dalam
keadaan yang sentiasa berkembang, kebanyakan faham kosmologi Barat ditafsirkan berasaskan kepada suatu kefahaman sains yang bersifat materialistik atau hanya fizikal. Sejak penemuan gelombang kosmik pada tahun 1965, teori Big Bang menjadi seolah-olah suatu model contoh bagi alam fizikal ini. Kebanyakan pandangan tersebut bagaimanapun mempunyai banyak permasalahan apabila dibandingkan dengan pandangan Islam. Oleh itu kertas ini akan cuba menganalisis hubungan yang agak tegang antara agama dan sains secara falsafah. Perkembangan dan diskusi mengenai asas sains Barat terutamanya kosmologi akan didedahkan dengan tujuan untuk memikirkan semula sempadan sains. Kawasan yang menghasilkan pertemuan antara keduanya telah pun dicadangkan pada masa lampau melalui pelbagai bentuk terutamanya
melalui idea Sains Islam. Kertas ini akan melihat secara kritikal kepada teori Sains Islam dan akan cuba mencadangkan agar gabungan dilakukan dengan menggunakan kosmologi Islam sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Ibn Arabi dan pengikutnya yang ada di Alam Melayu. Pemikiran semula dan anjakan paradigma perlu dilakukan agar projek Sains Islam dapat berlepas dari asas yang tidak dikenali ke arah sebuah asas yang berpusat pada tradisi lokal dan kearifan tempatan. Penggunaan sumber-sumber yang berada di Nusantara adalah salah satu contoh yang wajar. |
---|