Implimentasi budaya kerja Jepun dalam organisasi di Malaysia
Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 bertujuan untuk mencontohi pembangunan pesat negara-negara di timur seperti Jepun dan Korea. Kaizen merupakan budaya kerja orang Jepun yang diterapkan dalam sesebuah organisasi dan sangat penting untuk meningkatkan mutu kerja, penciptaan i...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9186/ http://journalarticle.ukm.my/9186/ http://journalarticle.ukm.my/9186/1/1x.geografia-jun15-suhana-edam.pdf |
Summary: | Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 bertujuan untuk mencontohi pembangunan pesat
negara-negara di timur seperti Jepun dan Korea. Kaizen merupakan budaya kerja orang Jepun yang diterapkan dalam
sesebuah organisasi dan sangat penting untuk meningkatkan mutu kerja, penciptaan inovasi, pengurusan kerja yang
efektif dan menghadapi pesaing. Kajian ini menilai sejauhmanakah kaizen diterapkan dalam syarikat Jepun di
Malaysia dengan menggunakan kaedah temubual mendalam untuk mendapatkan maklumat dengan bekas pegawai
kerajaan yang pernah berkhidmat di Jepun, bekas alumni serta pekerja kilang Sony di Pulau Pinang. Hasil temubual
mendalam dengan 15 informan utama mendapati bahawa sebahagian prinsip kaizen telah berjaya diterapkan oleh
pekerja dan organisai Malaysia seperti dalam hal memastikan kualiti dan produktiviti mencapai sasaran, pengurusan
masa, mengaplikasikan sistem 5S (Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke), pengurusan aduan yang sistematik,
dan konsep rin-gi. Bagaimanapun, terdapat tanggapan bahawa pekerja akan mendapat lebih imbuhan jika ketua
mereka adalah sebangsa. Malah wujud tanggapan bahawa pangkat atasan adalah untuk orang Jepun sahaja walaupun
pekerja tempatan mahir berbahasa Jepun. Kesimpulannya, selepas percubaan selama lebih tiga dekad, aplikasi
budaya kerja Jepun tidak sepenuhnya berlaku dalam organisasi di negara masyarakat majmuk seperti Malaysia. |
---|